Wednesday, August 29, 2012

Ayam Mutiara Untuk Di jual ( SOLD )

Ni sekor lagi penghuni reban aku yang nak dijual. Ayam mutiara ni bulu dia memang cantik. Bunyi dia nyaring sampai nak pecah telinga kalau duduk sebelah dia. Ayam ni pun garang juga kalau ada binatang-binatang lain kacau tempat dia. Kat rumah aku, ayam ni aku letak untuk jaga ayam-ayam aku yang lain. Ayam ni juga sesuai untuk jadikan ayam perhiasan kerana warna bulunya yang cantik dan menarik. Sesiapa berminat, jangan segan-segan untuk contact aku k. Boleh datang ke rumah untuk lihat sendiri.


Umur : 1 tahun ++
Harga : RM50 ( boleh runding ) ( SOLD )
Lokasi : Benut, Pontian, Johor

Angsa Kelabu Untuk Dijual

Hari ni aku nak jual angsa kelabu aku sekor yang jantan ni. Sesiapa yang berminat untuk membeli angsa kelabu ni, boleh la berhubung terus dengan aku. Arnab aku belum ada anak lagi. Jadi sementara nak tunggu arnab, apa salahnya jual angsa dulu. hehe.. harga boleh runding. Angsa ni sesuai untuk menjaga rumah anda semua. Klau malam-malam tu, angsa ni akan jaga di depan rumah kita nanti. Daripada kita bela anjing untuk jaga rumah, baik kita bela angsa. Berminat, jangan lupa contact sy.


Jantina : Jantan
Umur : 1 tahun ++
Harga : RM190 ( boleh runding )

Friday, August 24, 2012

Angora Rabbit

Selamat Hari raya semua.. Satu hari sebelum nak raya tu, ada la seorang pembekal arnab dari Senai ni contact aku. Dia cakap dia ada bawak arnab dia balik kg. Kg dia plak dekat ngan kg aku. Jam 6.40pm aku terus pegi rumah dia tengok arnab yang dia cakap tu comel. hehe.. Aku pun pegila tengok. Cantik gak arnab tu. Aku pun beli la dengan harga rm50 sepasang. Dia cakap jantan betina. Aku pun tak tahu betul ke tak. Klau betul, bagusla. Boleh aku jadikan baka nanti. Sekarang ni aku tengah ajar dia minum pakai niple. Die tak pandai minum pakai niple. Nape ntah.. takpe.. Sabar jela. hehe..


Sedap betul rumput israel nie...




Ni yang Jantan ( kata penjual tue la. Harap2 dia tak tipu aku )
Umur lingkungan 3bulan.
Cuba tengok telinga dia. Sebelah jatuh, sebelah tak.
Aku nak tengok dah besar jadi camne. hehe..
Sesiapa nak baka dia, tunggu dah besar ea nanti.


Ni pasangan dia. Angora betina. ( kata penjual tu gak )
Umur 3bulan. Tapi badan dia kecik sikit dari jantan tadi.
Telinga tak jatuh. Tapi bulu cantik. Bulu kembang.


Yang ni suka betul makan daun pandan wangi. pastu kencing dia busuk. hehe.



Friday, August 17, 2012

Hanya Tinggal Kenangan

Gambar-gambar ni hanyalah kenangan semata. Nila antara gambar-gambar kenangan sepanjang rabbit tu seminggu bersama aku. Rindunya kat arnab2 ni....


Ada orang amek gambar kita la. hehe...MALU2...


MALU lah... Janganla amek gambar kita. Tahula kitorang cantik...


Aku nak makan la. Kacau jek..


Comel tak aku..


Jom lumba lari... 1, 2, 3, .........


Yummm.. Yummmm.. Sedapnye..


Hai semua...



Kematian kedua


Arnab aku yang sekor ni pun turut pergi meninggalkan aku juga semalam. Mungkin penyakit daripada yang arnab pertama aku kot. Tapi aku rasa masa aku beli ni, arnab ni belum putus susu la. Sebab kecik lagi arnab aku ni. Sedih tol aku. Tinggal 2 ekor yang besar tu jela. Aku pun tak tahu la apa salah aku. hehe.. Lepas ni confirm aku tak nak beli yang kecik lagi. Semalam aku ada contact pembekal arnab dari Senai Johor. Dia nak jual kat kau arnab Angora sepasang RM50. Tapi dia tak MMS aku lg ni. Kalau dah MMS, boleh la aku tengok dulu. Kalau cantik, aku on je. Murah dia tolak kat aku. hehe.. Nanti kalau dia MMS, aku upload gmbarnye bg tunjuk kat korang semua. hehe..

Wednesday, August 15, 2012

Ayamku Yang Gagah..

Ni antara ayam yang ada kat umah aku. Nak amek semua gambar, banyak sangatla. Kalau ada yang berkenan, bolehla bagitahu. Nanti aku boleh bincang2 ngan abang aku. Tapi yang dalam gambar ni tak jual punya. Kalau ada baka2 dia, baru jual baka dia je. Baik punye baka ni. hehe..


Apa tengok2.. Nak lawan ke???


Mai la sini kalau berani. Aku tak takutla.. Jap2, Bagi aku makan dulu....


Ni ayam mutiara. Aku pun tak tahu mana jantan, mana betina. hehe..

Angsa Si Penjaga Rumah

Pakcik tumpang lalu.. hehe.. Ha, ni la angsa-angsa yang ada kat umah aku. Sekor lagi tengah mengeram lagi. Tunggu dalam 2-3minggu lagi, kalau jadi telur dia, menetasla. Kalau tak jadi, kenala tunggu next bertelur lagi. hehe.. Ni telur pertama dia. Angsa yang kecik tu hari tu bertelur gak. Tapi bila musim hujan, aku cuba pindahkan. Terus dia tak nak mengeram. hehe..Yang depan sekali tula yang paling garang. Kawan dia pun dia belasah..


Pemergian Si Putih



Si comel aku yang warna putih mata merah tu selamat meninggalkan dunia ni buat selamanya pagi tadi. Pagi tadi bila ku nak tengok arnab2 aku, terkejut aku bila aku tengok si putih tu dah keras. Sedih gak rasanya. Yelakan, aku baru je nak mula. Tapi bila tiba2 dah mati sekor, rasa macam putus asa pun ada. Comel plak tu si putih ni. Tapi apa boleh aku buat. Dah ajal si putih. Aku redha jela. Ni nak kena cari pengganti dia la. Pasni aku tak nak dah beli yang kecik2. Aku rasa tokei kedai tu tipu aku la. Mesti arnab tu belum putus susu ngan ibu dia, dah kena jual. Aku pun main beli je. Takpela.. Benda ni boleh jadikan pengajaran buat saya dan kawan2 lain yang masih baru untuk berjinak dalam penternakan arnab. Aku tengah nak cari yang dah 3-4 bulan la. Takla susah sangat nak jaga nanti. hehe.. Apa-apa pun, pemergian si Putih ni memberi pengajaran pada diri aku. Selamat tinggal Si Putih. Kesian si tompok tu dah takde kawan. Dia dok sorang2 je dalam sangkar tu. Kepada sesiapa yang nak derma arnab kat aku, boleh la hulurkan bantuan ye. hehe.. nak jual murah2 ke, ok gak...hehe.. Dapat hilangkan rasa sedih aku nanti...

Monday, August 13, 2012

Rumah Ayam Abangku

Kat rumah aku ni dah macam zoo. Macam2 ada. Arnab ada,ayam ada, angsa pun ada.. Tikus pun boleh tahan gak. Jadi bila tikus ada, automatikla kena ada kucing sebagai pemangsa kepada tikus. Tapi yang paling aku hairan sekali, biawak pun boleh ada kat atas syiling rumah aku tu. Dah macam-macam cara aku buat untuk halau dia. Tapi sampai sekarang dia tak keluar. Kalau dia duduk atas syiling tu diam2 xpela jugak. Ni siap berak kat atas tu. Busuk gila bau tahi dia. hehe..Ni aku nak tunjuk sikit sample rumah ayam kat umah aku ni. Dah lama dah bela ayam ni. Abang aku yang bela. Dia bela ayam siam punya. Tak mainla ayam2 kampung ni. hehe..Klau ada yang berminat ngan ayam siam, boleh email aku. Nanti aku upload gambar ayam2 tu. Ni just nak share rumah ayam tu je. hehe...

 

Ni reban ayam yang mula2 skali kitorang bina. Masa tu baru nak jinak2 dengan ayam.


Bila sang betina dah mula bertelur & mengeram, Kitorang tambah yang ni plak. Ayam siam kan tak boleh campur. Kang bergaduh plak nanti. Abang aku tak buat gaduh pun. Tapi dia suka cari baka yang power2 ala2 siam punya boxer. hehe..


Yang ni plak sangkar seterusnya la kan.. Dah banyak sangat ayam siam abang aku ni. Sampai tak cukup tempat dah. Kang klau campur, gaduh plak nanti. Yang kecik2 tu boleh la campur. dah besar boleh jadi gaduh. Bahaya.....


Yang ni plak hasil ubah suai. Dulu tempat ni letak kucing. dah siap ubah suai, jadila camni. Ni untuk asingkan bapa ayam je. boleh letak banyak sikit betina dalam ni. Bapak ayam seekor je dalam ni.


Yang ni plak gambar penuh dari luar reban ayam aku...

* Sesiapa yang rasa nak beli ayam siam, boleh gak contact aku. nanti aku upload gambar untuk tatapan korang.

Angsa Bergaduh

Aku nak selit sikit cerita angsa. Semalam masa aku nak tengok arnab aku, aku nampakla angsa jantan 2 ekor kat umah aku tu bergaduh. Mula2 aku ingatkan dia main2 je. Bila aku datang dekat2, aku tengok kepala angsa aku dah berdarah. Kesian gak aku tengok. Rupa2nya dia gaduh sebab rebutkan betina. hehe... Dah macam orang gaduh berebut awek plak. Ingatkan binatang tak berebut macam orang. Hehe.. Kat umah aku tu ada 2 jantan, 2 betina. Tapi yang betina seekor lagi tu tengah mengeram. Tu yang tension jantan seekor tu sampai gaduh nak kebas awek angsa lain. Hehe.. Teruk gak die kena pukul. Harap2 la telur angsa yang tengah mengeram tu menjadi. Bolehla di jual nanti. dah dekat sebulan gak die mengeram. Tapi yang aku tahu, angsa ni mengeram 41 hari. Jadi kita tunggu jela k. Klau aku ada salah info, harap kawan2 dapat betulkan k.

Set Niple Drinker

Hari sabtu lepas, set niple drinker & autofeeder yang aku order dari MoM dah sampai. Tapi tangki air yang dia hantar kat aku ada crack sikit. Aku baru cuba tampal gam semalam. Tapi tak tahu lagi result dia. Petang nanti baru aku nak tengok ok ke tak. Arnab aku macam tak pandai je nak minum guna niple tu. Pening gak aku tengok dia. harap2 lama2 dia pandai pakai niple tu. Aku akan latih dia hari2. Gambar tak sempat ambik semalam. Nanti klau aku sempat, aku upload gambar set tu k.

Thursday, August 9, 2012

Kawan Baru

Yang nie pulak aku beli kat kedai ikan. 3hari aku pergi tengok arnab tu tapi nak beli takot bini aku tak setuju. Sampaila satu masa tu, die nak cari baju raya die. Aku pun apa lagi, amekla peluang ni. Aku belanja die baju raya, tapi die kena belanja aku arnab. Hehe.. bini aku ni klau dapat baju, apa2 pun kita mintak boleh dapat. Tambah bini pun dapat. Tapi dapat penumbukla. Hehe..Dah macam cerita bini-biniku gangster la plak. Klau tambah bini arnab takpela. Hehe.. Klau camnila, makin banyak arnab aku, makin banyakla baju bini aku. Hehe.. Bini aku suka gak kat arnab. Die suka yang warna putih mata merah tue. Aku pula memang cari yang tompok. Nak cari rex yang warna putih tompok2 hitam takde. Tompok ni pun bolehla. Tapi aku tak tahu baka apa. Lupa nak tanya kedai tue. Klau ada sesape tahu ni baka apa, bagitahu aku ea. Thanks...






Comel tak si Putih
Umur : lingkungan 2 bulan
Jantina : Betina
Berbulu lebat bermata merah
Baka : Tak tahu


Si Tompok
Umur : lingkungan 2 bulan
Jantina : Jantan
Bulu lebat sama macam putih
Baka : Tak Tahu gak.

Arnab Pertamaku

 Nie la arnab yang abang ipar aku bagi kat aku. Comelkan. Tapi aku tak tahula baka apa. Tuan dia cakap baka giant. Aku tengok mak bapak die besar gak. Tapi kite tunggu la nanti dah besar. Jadi baka apa arnab aku ni. Hehe.. ni baru 3 minggu. Tapi jantina die macam betina dua2 tue. Aku pun confiusla nak pastikan jantina die. Nie baru sampai kat umah aku. Arnab ni tengah pening jalan jauh naik kereta dari kluang sampai ke benut. Nasib baik die tak mabuk macam orang jalan jauh. hehe....



Sangkar Arnab

Ok, mula2 skali nak ternak, kenala ada sangkar. Ni aku nak tunjuk cara aku buat sangkar yang simple dan mudah. Nak jimatla katakan. Ni sangkar arnab yang paling simple dan menjimatkan. Mudah dan senang untuk dibuat. 1 hari pun boleh siap klau ada barang-barangnye. Tapi aku buat sampai 2minggu baru siap. Habis barang semua tak cukup. Pastu sibuk kerjala. Cuti pun sabtu ahad je. tue pun ade kerja2 lain kena buat. Jadi aku buat masa aku free je. tu yang sampai 2 minggu baru siap. Hehe..

Barang-barang yang diperlukan
Dawai @ cable tie

Cutter
 
 Mata Punai @ Jaring Besi ( gambar tengok jela sangkar yang dah siap tue k )

Tue je. simplekan barang2 nye. Dawai untuk jimat dan tahan. Klau malas guna dawai, guna cable tie pun boleh sebab dawai ni keras sikit klau kite nak ikat. Sakit gak tangan. Mula2 aku guna dawai gak. Pastu sakit tangan aku, aku gune cable tie je. hehe..

Ni dah step pertama. Korang tengok gambar pun mesti dah dapat idea camne nak buat kan.
Aku pun ikut blog lain buat. hehe... Cari idea jek..

Then, bila dah siap lipat2 semua dan cantum guna cable tie, jadila macam kat bawah ni. Semuanya bergantung pada kreativiti masing2.
 
 
 Ni dah siap la....
Nie serba sedikit Teknik buat sangkar yang simple je.
Aku plan nak buat sangkar semi auto.. Tapi barang yang aku order dari MoM blog, tak sampai lagi. Sedih gak aku. dah seminggu tak sampai lagi sebab masalah penghantaran. Pihak MoM terhantar aku punya order pada orang lain. So, tunggu je die hantar kat aku semula. Nanti aku update untuk sangkar semi auto aku.

Pengenalan Projek Baru

Selamat sejahtera kepada semua penternak-penternak arnab. Hari ni aku nak share sikit tentang projek arnab aku ni. Aku baru je nak start projek ni. Dulu aku dah pernah ternak masa tu umur aku baru 15 tahun. Hehe.. Masa kat sekolah kan ada belajar ternak arnab dalam subjek Kemahiran Hidup. Tu yang aku bela tu sampai la aku nak masuk asrama tingkatan 4, arnab2 aku takde orang nak jage. Last2 aku sembelih semuanya. Banyak juga kena sembelih. Dalam 20 ekor semuanya. Sedih jugak bile aku teringat balik arnab2 aku yang kena sembelih tu. Sekarang ni aku pun dah tak ingat sangat yang aku belajar kat sekolah dulu. Jadi sekarang ni aku sambil2 bukak blog penternak2 lain untuk aku study sikit2. Apa yang aku study, aku share la kat sini. Ilmu kan bagus untuk disampaikan. Jadi klau ade aku tercopy korang punya blog, harap maaf ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....