Showing posts with label Makanan dan Minuman. Show all posts
Showing posts with label Makanan dan Minuman. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Perbezaan Pallet Cargill 8042 dan Cargill 8012

Semua orang tahu, cargill ni antara pallet terbaik untuk arnab anda membesar dengan mendapat lebih khasiat. Sepanjang saya ternak arnab, saya tak tahu pun cargill ni ada 2 jenis. Bila dah mula pakai cargill, barula saya tahu cargill ni ada 2 jenis. Satu Cargill 8042 dan satu lagi Cargill 8012. Mengikut dari pendapat beberapa rakan penternak arnab, mereka lebih mengesyorkan saya untuk menggunakan cargill 8012. Saya pun tak berapa pasti dari segi perbezaan kandungannya. Hanya bertanya-tanya pada rakan-rakan yang telah menggunakannya sahaja. Rakan-rakan penternakan mengatakan perbezaan pertama ialah dari segi kandungannya. Jika anda lihat pada bungkusan Cargill 8042, tidak tertulis kandungan-kandungan yang terdapat pada pallet tersebut. Tetapi pada bungkusan Cargill 8012 pula tertulis kandungan-kandungan yang terdapat pada pallet tersebut. Ini lebih meyakinkan kita untuk menggunakannya. Seperti pallet-pallet biasa yang terdapat di kedai-kedai, kebanyakan pallet tersebut tidak tertulis kandungan pallet itu. Yang kedua pula dari segi bau. Bau pallet Cargill 8012 ini lebih sedap berbanding Cargill 8042. Last sekali dari segi harga pemasaran pula, pembekal-pembekal mendapat harga Cargill 8012 lebih mahal dari Cargill 8042. Tetapi penjual menjual dengan harga yang sama kerana kadang-kadang pembeli pun tak perasan. Pembeli cuma lihat, jenama Cargill. Pastu terus beli.hehe..So dari segi harga, mungkin kita dah boleh agak yang mana lebih berkualiti.

Ini antara pendapat-pendapat rakan penternak sahaja. Dari segi kesahihannya, anda cuba la tanya pembuat cargill ni sendiri. Mereka lebih arif dari segi kandungan pallet-pallet ini. Jika ada sesiapa yang lebih arif dan mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan ini, silalah komen pendapat masing-masing.

Bawah ni saya ada letak gambar bungkusan Cargill 8012 dan 8042

1 : Cargill 8012


2 : Cargill 8042


Tuesday, October 23, 2012

Tempahan Autofeeder

Last week ada 12 tempahan autofeeder untuk arnab dan ayam. Ni antara autofeeder yang telah disiapkan selama 2 hari. Lihat sendiri perbezaan pada autofeeder arnab dan ayam.


Diatas ni autofeeder untuk ayam. Autofeeder untuk ayam ni saya reka tidak mempunyai bibir di tepi tempat makanan itu kerana kepala ayam akan sangkut pada balungnya jika mempunyai bibir di tempat makanan tersebut. Walaupun ayam mempunyai perangai yang suka mengais, tetapi ayam tidak boleh mengais menggunakan kaki pada tempat yang lebih tinggi. Pada bawahnya tidak mempunyai lubang kerana ayam juga makan dedak dan jagung halus. Jika mempunyai lubang, makanan akan jatuh. Ia boleh memuatkan sehingga 1kg makanan.


Diatas ini pula ialah autofeeder untuk arnab. Autofeeder untuk arnab ini saya reka mempunyai bibir dan lubang di bawah. Fungsi bibir ini ialah untuk mengelakkan makanan tumpah kerana arnab suka mengais dedaknya. Jadi dedak akan tersangkut pada bibir. Saiz tempat makan autofeeder untuk arnab juga tidak boleh terlalu besar kerana akan memudahkan arnab memasukkan kakinya untuk mengais. Seeloknya buat sekadar muat kepala arnab untuk makan. Lubang pada bawahnya pula berfungsi untuk menyingkirkan habuk2 halus dedak tersebut kerana arnab tidak akan makan habuk2 halus tersebut. Dan jika dibiarkan lama, habuk halus semakin banyak. Ia boleh memuatkan sehingga 1kg makanan.

Untuk tempahan, hubungi saya wan 017-7412556.
Harga : RM15/unit



Saturday, October 20, 2012

Tips Pemakanan Arnab

Bila poket dah kering, baru kita fikir macam mana nak beli pallet ni..Aduhh... Mengeluhla si penternak nanti. Takpe, semua masalah mesti ada penyelesaiannya. Hari ni saya nak kongsi sikit tips untuk menjimatkan dari segi pemakanan arnab. Arnab ni sejenis haiwan yang sentiasa ingin mengunyah. Jadi bila dia nampak makanan, dia akan makan. Kadang-kadang bila arnab dah terlalu kenyang pun, dia akan makan gak. Tapi sekadar kunyah dan pallet kita jadi habuk. Tu yang penuh habuk je kat bekas makanan tu. Jadi lepas ni anda perlu sukat pemberian pallet kepada arnab anda. Bukan kedekut, tapi nak bagi arnab sihat kerana bila arnab terlebih makan, boleh jadi obesiti. Macam-macam penyakit boleh menyerang arnab yang obesiti ni. Cara sukatan untuk arnab ialah dengan memberi 100gm-120gm untuk arnab dewasa dan 60gm untuk anak arnab untuk sehari. Makanan tambahan seperti daun atau hay adalah extra untuk arnab. Untuk permulaan, mungkin kita sukar untuk menyukat makanan tersebut. Tapi lama-kelamaan, mesti boleh. Untuk yang menggunakan autofeeder (klik sini untuk post autofeeder ) anda boleh menyukat untuk kali pertama sukatan pallet untuk 100gm dan tandakan pada bekas makanan autofeeder itu paras ketinggian untuk 100gm pallet. Jadi lebih mudah untuk anda memberi makan mengikut sukatan. Walaubagaimanapun, kebanyakan pengguna autofeeder ni adalah penternak yang sibuk bekerja. Takpe, sekali-sekala, kita sukatla. Tapi bila dah sibuk, letak je lebih. takde masalah pun. Cuma poket je masalah nak beli pallet..
Jangan berikan daun-daun atau sayur pada waktu pagi kerana arnab akan mudah sakit perut. Berikan pallet pada waktu pagi dan daun-daun pada waktu malam.
Rasanya cukupla setakat ni dulu. Nanti bila saya dapat apa-apa info tentang arnab, saya akan kongsi lagi.

Bawah ni pallet yang saya beri pada arnab saya. Nak tempah pun boleh. Harga RM45


Bawah ni plak ialah rumput israel yang selalu saya bagi kat arnab-arnab ni. Walaupun bekerja, tapi masih boleh bagi daun.hehe. Ni tipsnya. Hari ahad saya akan petik rumput israel ni dan simpan didalam bekaspolistrin kedap udara yang orang selalu simpan ikan. Jadi dari Isnin sampai Jumaat, saya ada stok rumput israel ni. Sabtu dan ahad petikla sendiri. Kan tak kerja. Ni antara tipsnya la. Kalau anda ada tips lain, harap dapat dikongsikan bersama.



Sekian dulu untuk tips pemakanan yang menjimatkan. Sesiapa mempunyai pandangan, kongsi-kongsilah disini ye.. Terima kasih dan selamat mencuba.



Sedapnya makan rumput ni. Ni saya bagi masa petang.

Thursday, October 18, 2012

Khasiat Ginseng Jawa

Dah lama rasanya tak cerita pasal arnab ni. Hari ni saya nak share sikit tentang perkongsian ilmu dari rakan ternak arnab tentang Khasiat ginseng Jawa. Bermula dengan arnab mengawan sehingga la arnab bunting dan akhirnya melahirkan anak. Sepanjang kita menjaga arnab kita, pastinya kita mahukan hasil yang lebih. Sudah pasti kita mahukan baby arnab yang banyak supaya dapat keuntungan yang lebih. Macam post saya yang lepas tentang arnab saya yang beranak hanya 3ekor je baby arnab tu.Klik sini untuk ke post tersebut. Mesti kita rasa kurang seronok dan kita akan terfikir, bagaimana cara untuk memperbanyakkan baby arnab kita tu. Rakan saya mencadangkan kepada saya supaya memberi daun ginseng jawa. Kajian daripada rakan saya, beliau mempunyai arnab baka TB. Kebiasaanya arnab baka TB melahirkan anak lingkungan 3-5ekor. Tetapi rakan saya mencecah 8-9ekor untuk arnab ori TB. Tu antara pengalaman rakan penternak. Cerita mengenai khasiat ginseng jawa ni pulak.

Antara khasiat ginseng jawa ni ialah :

-Meningkatkan kesuburan terutamanya untuk arnab jantan.
-Mencergaskan peliharaan.
-Mampu merawat masalah batin dalaman arnab.
-Mampu menambahkan susu arnab yang baru beranak.
-Selain itu, ia boleh manjadi ubat kepada manusia iaitu merawat bisul. Caranya ialah daunnya ditumbuk halus dan dicampurkan dengan gula merah. Selepas itu, tampalkan pada bisul tersebut.

Cara pemberiaan kepada arnab. Petik daun ginseng jawa tersebut dan berikan kepada arnab anda seperti memberi makan daun kepada arnab. Diharap sesiapa yang mempunyai pengalaman tentang ginseng jawa ini, dapatlah berkomen untuk berkongsi pendapat dan pengalaman anda di blog ini. Selamat mencuba.

Ni gambar pokok ginseng jawa.




*TB is Teddy Bear

Monday, October 1, 2012

Autofeeder Ayam

Autofeeder ni saya baru je buat untuk ayam.Autofeeder ni telah ditempah oleh seorang pembeli dari air baloi, Pontian. Diharap dengan penjualan pertama saya ni akan ada lebih banyak lagi pembeli-pembeli lain. Aminnn.. Autofeeder ni tak de lubang-lubang kecil di bawah kerana dedak ayam yang halus akan jatuh ke bawah bila terdapat lubang-lubang kecil. Autofeeder ni boleh memuatkan sebanyak 1kg dedak dengan harga rm15.



Tuesday, September 25, 2012

Koleksi Arnab Pontian Menggunakan Autofeeder

Penternakan arnab Pontian dimulakan dengan 10ekor arnab dan kematian sebanyak 3ekor arnab. Jadi sekarang hanya tinggal 7 ekor arnab. Rasanya cukup untuk memulakan penternakan sambil-sambil mempelajari sedikit sebanyak tentang penternakan arnab. Kalau mula-mula nak ternak terus banyak, susah gak. Ilmu tak cukup lagi, nanti mati semua. Arnab-arnab yang tinggal ni semua menggunakan autofeeder yang saya buat sendiri. Ada yang saya beli. Daripada idea tu, saya buat sendiri yang lebih besar supaya 2 sangkar dapat berkongsi 1 autofeeder. Saya sedia menerima tempahan autofeeder dengan harga bermula rm15 ke atas bergantung pada saiz. Sila rujuk post yang lalu mengenai autofeeder. Sangkar DIY juga boleh ditempah sekiranya berminat bermula harga rm30. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.






Friday, September 14, 2012

Bekas Makanan Auto Feeder Untuk Tempahan

Dibuka untuk tempahan. Bekas makanan automatik sesuai untuk ternakan seperti arnab, kucing, ayam dan lain-lain ternakan. Tempahan mengikut saiz yang dikehendaki. Bekas makanan ni mampu menyimpan stok makanan beberapa hari bergantung pada saiz. Kepada penternak sambilan atau menternak secara hobi, amat sesuai menggunakan auto feeder ini supaya ternakan anda sentiasa mempunyai makanan. Kuantiti makanan yang boleh di masukkan bergantung pada saiz yang di kehendaki. Selamat di gunakan kerana setiap sisi aluminium ini telah dilipat. Makanan yang disimpan juga tidak terdedah kepada udara.
Penghantaran bergantung atas rundingan.
Harga bergantung pada saiz yang di kehendaki bermula dari RM15 untuk kuantiti makanan lebih kurang 800gm-1kg
Sesiapa berminat,hubungi saya wan 071-7412556



Wednesday, September 5, 2012

Tumbuhan Hijau di Belakang Rumahku

Rumput Israel


Arnab memang sangat suka makan yang fresh. Tak pernah lagi arnab saya tolak rumput Israel ni. Cuma arnab yang tak pernah di ajar makan rumput dari kecil, bila dah besar, confirm makan sikit-sikit je rumput ni.

Selaput tunggal


Selaput tunggul (arnab suka yg fresh gak).Jangan bagi bunga dia. tip dr rakan ternak, kerap bagi daun ni utk arnab cepat membiak..  Yang ni banyak kat kebun tu kan. Selalu pokok ni la yang banyak menjalar kat pokok-pokok lain.

Daun Pandan


Yang ni jangan bagi banyak sangat. Nanti kencing bau kuat sangat. Bagi sikit-sikit je. Yang ni pun arnab suka makan yang fresh.

Ulam Raja


Rumput Kering ( hay ) dan Bijian

Rumput kering (hay) merupakan rumput awet yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara berperingkat untuk meningkatkan jumlah kandungan seratnya. Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Antara faktor yang menyebabkan arnab menggemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi. daun2 jenis kekacang yang dilayukan dan dikeringkan seperti hay juga amat disukai arnab. Makanan ini amat sesuai ketika musim panas dan kering berpanjangan dan ia dapat mengatasi masalah cirit-birit dengan menghentikan pemberian makanan utamanya iaitu pellet. Berfungsi sebagai sumber makanan yang boleh meningkatkan daya ketahanan arnab. Amat diperlukan oleh arnab yang bunting dan yang sedang menyusukan anaknya. Kalau anda malas nak buat sendiri, boleh beli di mana kedai petshop. Mesti ada jual. Kalau nak jimat, buat sendiri la. Saya pun sekarang sedang cuba membuat sendiri hay ni. Ni salah satu inisiatif untuk mengurangkan kos perbelanjaan arnab.

Antara bijian yang sesuai adalah jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau. Biji-bijian ini tidak boleh diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Sukatan yang diberikan adalah 200 ke 300 gram sehari. Untuk penjimatan kos, ia boleh diselang-selikan dengan makanan utama, hampas kelapa, hampas tauhu atau hampas kacang soya. Menurut pengalaman beberapa penternak, berat arnab yang berumur 4 bulan hanya mencapai 1.5 kg sekiranya makanannya hanya berupa sumber hijau semata-mata, sebaliknya jika dicampur dengan sumber ini, beratnya mampu mencapai sehingga 4 kg. Pemerhatian ini dilakukan ke atas baka New Zealand White, Californian dan beberapa baka arnab pedaging yang lain.

Pemakanan Arnab

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang pemakanan arnab. Ni berdasarkan daripada pengalaman & perkongsian rakan-rakan arnab. Ketika arnab anda berumur 1 hingga 3 bulan, anda boleh memberikan makanan arnab seperti pallet atau dedak arnab. Selepas umur 3 bulan, anda boleh membekalkan sayuran, rumput dan sedikit buah-buahan. Sayuran dan buah-buahan segar juga boleh diberikan sekali sekala kalau anda mempunyai bajet yang lebih. Amaran : pemberian kangkung yang terlalu banyak boleh menyebabkan arnab sakit perut. Anda boleh memberikan pelbagai jenis rumput yang tumbuh meliar di kebun-kebun keliling rumah anda. Antara rumput kegemaran arnab ialah rumput Israel. Selain itu, daun pandan juga menjadi makanan kegemaran mereka.  Dedaun-kangkung, sawi, lobak, daun tembikai, biji sawi, daun ubi kayu, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun & batang jagung, daun betik dan sebagainya ( daun @ rumput yang bergetah ). Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar selepas dipetik dari pokok, Makanan tambahan tersebut perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit -birit.Daun-daun & rumput-rumput seelok-eloknya tidak dilayukan dengan cara menjemur di bawah matahari yang terik. Ini bagi mengelakkan kandungan serat di dalam makanan tersebut hilang. Pemberian sayuran seperti kubis atau sisa sayuran yang berlebihan akan melawaskan air kencing arnab yang akan menyebabkan kekotoran dan bau yang kuat di kawasan penternakan. Keadaan ini akan menyebabkan serangan hama dan penyakit lebih mudah berlaku. Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi. Kandungan nitrogen yang sangat tinggi dalam air kencing arnab ini menjadikannya sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan sedikit air. Kandungan nitrogen yang berlebihan ini juga akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.  Arnab juga suka makan daun pisang, daun kelapa dan suka mengunyah rumput kering.  Arnab boleh mengalami masalah sembelit kerana kekurangan serat dalam makanannya. Serat boleh didapati daripada pemberian makanan tambahan seperti sayur-sayuran dan rumput-rumput. Selain daripada masalah sembelit, arnab anda juga mungkin akan mati akibat sakit perut yang berpanjangan. Perlu diingat juga, arnab akan bersalin bulu setiap 3 bulan dan bulu yang luruh banyak yang tertelan ketika membersihkan dirinya. Bulu akan bergumpal dalam tali perut dan menjadi tersekat dan boleh menyebabkan kematian. Lebihan makanan mestilah dibuang setiap hari untuk mengelakkan kandang menjadi kotor dan berbau busuk. Elakkan menggunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana arnab akan menggigitnya dan menumpahkan air dan makanan. Gunakan bekas yang berat seperti mangkuk tanah liat atau pasu kecil. Air mestilah bersih dan digantikan setiap hari. Jangan lupa mencuci bekas air setiap kali menukar air. Arnab tidak akan minum air yang masam dan arnab yang haus akan berhenti makan. Kandang hendaklah dicuci setiap minggu dengan menggunakan air bersih. Biarkan kandang kering sebelum memasukkan semula arnab. Letakkan sabut kelapa yang baru dikopek di dalam kandang arnab. Gunakan sabut kelapa tua. Sabut kelapa ini akan di gunakan sebagai tempat arnab mengigit kerana arnab terlalu suka menggigit sesuatu. Sabut ini juga akan dijadikan alat permainan kepada arnab tersebut.AWAS, arnab anda mungkin diserang oleh anjing jika anda melepaskan arnab anda berkeliaran. Anjing amat sensitif dengan bau arnab. Arnab boleh pulang ke kandangnya selagi arnab tidak keluar melebihi 100m dari kandangnya. Seeloknya, kawallah perjalanan arnab anda.
  
Cukup la dulu setakat ni. Nanti sempat, saya sambung lagi cerita arnab. MoM ada ajar saya cara nak ajar arnab minum gunakan nipple drinker sebab kadang-kadang ada arnab yang tak pandai guna nipple drinker ni. Nanti saya akan kongsikan bersama anda..hehe. Nanti saya update lagi.

Monday, August 13, 2012

Set Niple Drinker

Hari sabtu lepas, set niple drinker & autofeeder yang aku order dari MoM dah sampai. Tapi tangki air yang dia hantar kat aku ada crack sikit. Aku baru cuba tampal gam semalam. Tapi tak tahu lagi result dia. Petang nanti baru aku nak tengok ok ke tak. Arnab aku macam tak pandai je nak minum guna niple tu. Pening gak aku tengok dia. harap2 lama2 dia pandai pakai niple tu. Aku akan latih dia hari2. Gambar tak sempat ambik semalam. Nanti klau aku sempat, aku upload gambar set tu k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....