Tuesday, September 25, 2012

Koleksi Arnab Pontian Menggunakan Autofeeder

Penternakan arnab Pontian dimulakan dengan 10ekor arnab dan kematian sebanyak 3ekor arnab. Jadi sekarang hanya tinggal 7 ekor arnab. Rasanya cukup untuk memulakan penternakan sambil-sambil mempelajari sedikit sebanyak tentang penternakan arnab. Kalau mula-mula nak ternak terus banyak, susah gak. Ilmu tak cukup lagi, nanti mati semua. Arnab-arnab yang tinggal ni semua menggunakan autofeeder yang saya buat sendiri. Ada yang saya beli. Daripada idea tu, saya buat sendiri yang lebih besar supaya 2 sangkar dapat berkongsi 1 autofeeder. Saya sedia menerima tempahan autofeeder dengan harga bermula rm15 ke atas bergantung pada saiz. Sila rujuk post yang lalu mengenai autofeeder. Sangkar DIY juga boleh ditempah sekiranya berminat bermula harga rm30. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.






Thursday, September 20, 2012

Pedaging Jantan Untuk di jual @ di tukar

Arnab pedaging jantan ni saya nak jual atau nak tukar dengan sesiapa yang mempunyai arnab betina pedaging. Sebab-sebab saya nak tukar dengan betina kerana saya mempunyai arnab pedaging jantan 2 ekor. Tapi betina takde. Jadi saya nak tukar atau jual untuk mencari arnab betina pedaging supaya arnab ni ada teman bermanja. Sesiapa yang teringin, bolehla hubungi saya k. Umur arnab ni lingkungan 4bulan. Kalau nak beli, saya bukak harga rm60. Seekor je tau. Berminat, hubungi saya wan 017-7412556.



Friday, September 14, 2012

Bekas Makanan Auto Feeder Untuk Tempahan

Dibuka untuk tempahan. Bekas makanan automatik sesuai untuk ternakan seperti arnab, kucing, ayam dan lain-lain ternakan. Tempahan mengikut saiz yang dikehendaki. Bekas makanan ni mampu menyimpan stok makanan beberapa hari bergantung pada saiz. Kepada penternak sambilan atau menternak secara hobi, amat sesuai menggunakan auto feeder ini supaya ternakan anda sentiasa mempunyai makanan. Kuantiti makanan yang boleh di masukkan bergantung pada saiz yang di kehendaki. Selamat di gunakan kerana setiap sisi aluminium ini telah dilipat. Makanan yang disimpan juga tidak terdedah kepada udara.
Penghantaran bergantung atas rundingan.
Harga bergantung pada saiz yang di kehendaki bermula dari RM15 untuk kuantiti makanan lebih kurang 800gm-1kg
Sesiapa berminat,hubungi saya wan 071-7412556



Wednesday, September 5, 2012

Tumbuhan Hijau di Belakang Rumahku

Rumput Israel


Arnab memang sangat suka makan yang fresh. Tak pernah lagi arnab saya tolak rumput Israel ni. Cuma arnab yang tak pernah di ajar makan rumput dari kecil, bila dah besar, confirm makan sikit-sikit je rumput ni.

Selaput tunggal


Selaput tunggul (arnab suka yg fresh gak).Jangan bagi bunga dia. tip dr rakan ternak, kerap bagi daun ni utk arnab cepat membiak..  Yang ni banyak kat kebun tu kan. Selalu pokok ni la yang banyak menjalar kat pokok-pokok lain.

Daun Pandan


Yang ni jangan bagi banyak sangat. Nanti kencing bau kuat sangat. Bagi sikit-sikit je. Yang ni pun arnab suka makan yang fresh.

Ulam Raja


Rumput Kering ( hay ) dan Bijian

Rumput kering (hay) merupakan rumput awet yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara berperingkat untuk meningkatkan jumlah kandungan seratnya. Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Antara faktor yang menyebabkan arnab menggemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi. daun2 jenis kekacang yang dilayukan dan dikeringkan seperti hay juga amat disukai arnab. Makanan ini amat sesuai ketika musim panas dan kering berpanjangan dan ia dapat mengatasi masalah cirit-birit dengan menghentikan pemberian makanan utamanya iaitu pellet. Berfungsi sebagai sumber makanan yang boleh meningkatkan daya ketahanan arnab. Amat diperlukan oleh arnab yang bunting dan yang sedang menyusukan anaknya. Kalau anda malas nak buat sendiri, boleh beli di mana kedai petshop. Mesti ada jual. Kalau nak jimat, buat sendiri la. Saya pun sekarang sedang cuba membuat sendiri hay ni. Ni salah satu inisiatif untuk mengurangkan kos perbelanjaan arnab.

Antara bijian yang sesuai adalah jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau. Biji-bijian ini tidak boleh diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Sukatan yang diberikan adalah 200 ke 300 gram sehari. Untuk penjimatan kos, ia boleh diselang-selikan dengan makanan utama, hampas kelapa, hampas tauhu atau hampas kacang soya. Menurut pengalaman beberapa penternak, berat arnab yang berumur 4 bulan hanya mencapai 1.5 kg sekiranya makanannya hanya berupa sumber hijau semata-mata, sebaliknya jika dicampur dengan sumber ini, beratnya mampu mencapai sehingga 4 kg. Pemerhatian ini dilakukan ke atas baka New Zealand White, Californian dan beberapa baka arnab pedaging yang lain.

Pemakanan Arnab

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang pemakanan arnab. Ni berdasarkan daripada pengalaman & perkongsian rakan-rakan arnab. Ketika arnab anda berumur 1 hingga 3 bulan, anda boleh memberikan makanan arnab seperti pallet atau dedak arnab. Selepas umur 3 bulan, anda boleh membekalkan sayuran, rumput dan sedikit buah-buahan. Sayuran dan buah-buahan segar juga boleh diberikan sekali sekala kalau anda mempunyai bajet yang lebih. Amaran : pemberian kangkung yang terlalu banyak boleh menyebabkan arnab sakit perut. Anda boleh memberikan pelbagai jenis rumput yang tumbuh meliar di kebun-kebun keliling rumah anda. Antara rumput kegemaran arnab ialah rumput Israel. Selain itu, daun pandan juga menjadi makanan kegemaran mereka.  Dedaun-kangkung, sawi, lobak, daun tembikai, biji sawi, daun ubi kayu, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun & batang jagung, daun betik dan sebagainya ( daun @ rumput yang bergetah ). Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar selepas dipetik dari pokok, Makanan tambahan tersebut perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit -birit.Daun-daun & rumput-rumput seelok-eloknya tidak dilayukan dengan cara menjemur di bawah matahari yang terik. Ini bagi mengelakkan kandungan serat di dalam makanan tersebut hilang. Pemberian sayuran seperti kubis atau sisa sayuran yang berlebihan akan melawaskan air kencing arnab yang akan menyebabkan kekotoran dan bau yang kuat di kawasan penternakan. Keadaan ini akan menyebabkan serangan hama dan penyakit lebih mudah berlaku. Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi. Kandungan nitrogen yang sangat tinggi dalam air kencing arnab ini menjadikannya sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan sedikit air. Kandungan nitrogen yang berlebihan ini juga akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.  Arnab juga suka makan daun pisang, daun kelapa dan suka mengunyah rumput kering.  Arnab boleh mengalami masalah sembelit kerana kekurangan serat dalam makanannya. Serat boleh didapati daripada pemberian makanan tambahan seperti sayur-sayuran dan rumput-rumput. Selain daripada masalah sembelit, arnab anda juga mungkin akan mati akibat sakit perut yang berpanjangan. Perlu diingat juga, arnab akan bersalin bulu setiap 3 bulan dan bulu yang luruh banyak yang tertelan ketika membersihkan dirinya. Bulu akan bergumpal dalam tali perut dan menjadi tersekat dan boleh menyebabkan kematian. Lebihan makanan mestilah dibuang setiap hari untuk mengelakkan kandang menjadi kotor dan berbau busuk. Elakkan menggunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana arnab akan menggigitnya dan menumpahkan air dan makanan. Gunakan bekas yang berat seperti mangkuk tanah liat atau pasu kecil. Air mestilah bersih dan digantikan setiap hari. Jangan lupa mencuci bekas air setiap kali menukar air. Arnab tidak akan minum air yang masam dan arnab yang haus akan berhenti makan. Kandang hendaklah dicuci setiap minggu dengan menggunakan air bersih. Biarkan kandang kering sebelum memasukkan semula arnab. Letakkan sabut kelapa yang baru dikopek di dalam kandang arnab. Gunakan sabut kelapa tua. Sabut kelapa ini akan di gunakan sebagai tempat arnab mengigit kerana arnab terlalu suka menggigit sesuatu. Sabut ini juga akan dijadikan alat permainan kepada arnab tersebut.AWAS, arnab anda mungkin diserang oleh anjing jika anda melepaskan arnab anda berkeliaran. Anjing amat sensitif dengan bau arnab. Arnab boleh pulang ke kandangnya selagi arnab tidak keluar melebihi 100m dari kandangnya. Seeloknya, kawallah perjalanan arnab anda.
  
Cukup la dulu setakat ni. Nanti sempat, saya sambung lagi cerita arnab. MoM ada ajar saya cara nak ajar arnab minum gunakan nipple drinker sebab kadang-kadang ada arnab yang tak pandai guna nipple drinker ni. Nanti saya akan kongsikan bersama anda..hehe. Nanti saya update lagi.

Monday, September 3, 2012

GP Abby Untuk Di jual

Ni GP member punya. Saya cuma tolong jualkan je. Sesiapa yang berminat, boleh la hubungi saya.



Jantina : Jantan
Harga : RM40

Ayam Siam Betina Bauk (Sold)

Hari ni saya nak jual ayam siam bauk. Walaupun blog saya blog arnab, apa salahnya saya selitkan sekali penghuni2 reban saya. Ni adalah salah satu penghuni reban saya. Ibu ayam siam bauk @ batang kaki. Ayam ni datang dari Kedah. Kaki ayam ni special sikit. Cuba anda perhatikan kaki ayam ni. Kaki ayam ni berbentuk segi empat. Cuba lihat muka ayam ni. Ada jambang pada muka dia. Ayam ni sesuai untuk dibuat baka kerana ayam ini dah mencapai umur matang.

   




Umur : 2Tahun ++
Jantina : Betina
Harga : RM200 Nego (Sold)
Sesiapa yang berminat dengan ayam ni, bolehla sms @ call sy 017-7412556. Harga boleh dirunding. Siapa cepat, dia dapat. Stok terhad. Boleh datang ke rumah saya untuk lihat pelbagai jenis ayam siam. Tapi tak semua untuk di jual. Ada yang masih dalam proses untuk membuat baka. Kepada anda yang betul-betul berminat, jangan lepaskan peluang ini. Peluang hanya datang sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....