Wednesday, September 5, 2012

Pemakanan Arnab

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang pemakanan arnab. Ni berdasarkan daripada pengalaman & perkongsian rakan-rakan arnab. Ketika arnab anda berumur 1 hingga 3 bulan, anda boleh memberikan makanan arnab seperti pallet atau dedak arnab. Selepas umur 3 bulan, anda boleh membekalkan sayuran, rumput dan sedikit buah-buahan. Sayuran dan buah-buahan segar juga boleh diberikan sekali sekala kalau anda mempunyai bajet yang lebih. Amaran : pemberian kangkung yang terlalu banyak boleh menyebabkan arnab sakit perut. Anda boleh memberikan pelbagai jenis rumput yang tumbuh meliar di kebun-kebun keliling rumah anda. Antara rumput kegemaran arnab ialah rumput Israel. Selain itu, daun pandan juga menjadi makanan kegemaran mereka.  Dedaun-kangkung, sawi, lobak, daun tembikai, biji sawi, daun ubi kayu, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun & batang jagung, daun betik dan sebagainya ( daun @ rumput yang bergetah ). Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar selepas dipetik dari pokok, Makanan tambahan tersebut perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit -birit.Daun-daun & rumput-rumput seelok-eloknya tidak dilayukan dengan cara menjemur di bawah matahari yang terik. Ini bagi mengelakkan kandungan serat di dalam makanan tersebut hilang. Pemberian sayuran seperti kubis atau sisa sayuran yang berlebihan akan melawaskan air kencing arnab yang akan menyebabkan kekotoran dan bau yang kuat di kawasan penternakan. Keadaan ini akan menyebabkan serangan hama dan penyakit lebih mudah berlaku. Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi. Kandungan nitrogen yang sangat tinggi dalam air kencing arnab ini menjadikannya sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan sedikit air. Kandungan nitrogen yang berlebihan ini juga akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.  Arnab juga suka makan daun pisang, daun kelapa dan suka mengunyah rumput kering.  Arnab boleh mengalami masalah sembelit kerana kekurangan serat dalam makanannya. Serat boleh didapati daripada pemberian makanan tambahan seperti sayur-sayuran dan rumput-rumput. Selain daripada masalah sembelit, arnab anda juga mungkin akan mati akibat sakit perut yang berpanjangan. Perlu diingat juga, arnab akan bersalin bulu setiap 3 bulan dan bulu yang luruh banyak yang tertelan ketika membersihkan dirinya. Bulu akan bergumpal dalam tali perut dan menjadi tersekat dan boleh menyebabkan kematian. Lebihan makanan mestilah dibuang setiap hari untuk mengelakkan kandang menjadi kotor dan berbau busuk. Elakkan menggunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana arnab akan menggigitnya dan menumpahkan air dan makanan. Gunakan bekas yang berat seperti mangkuk tanah liat atau pasu kecil. Air mestilah bersih dan digantikan setiap hari. Jangan lupa mencuci bekas air setiap kali menukar air. Arnab tidak akan minum air yang masam dan arnab yang haus akan berhenti makan. Kandang hendaklah dicuci setiap minggu dengan menggunakan air bersih. Biarkan kandang kering sebelum memasukkan semula arnab. Letakkan sabut kelapa yang baru dikopek di dalam kandang arnab. Gunakan sabut kelapa tua. Sabut kelapa ini akan di gunakan sebagai tempat arnab mengigit kerana arnab terlalu suka menggigit sesuatu. Sabut ini juga akan dijadikan alat permainan kepada arnab tersebut.AWAS, arnab anda mungkin diserang oleh anjing jika anda melepaskan arnab anda berkeliaran. Anjing amat sensitif dengan bau arnab. Arnab boleh pulang ke kandangnya selagi arnab tidak keluar melebihi 100m dari kandangnya. Seeloknya, kawallah perjalanan arnab anda.
  
Cukup la dulu setakat ni. Nanti sempat, saya sambung lagi cerita arnab. MoM ada ajar saya cara nak ajar arnab minum gunakan nipple drinker sebab kadang-kadang ada arnab yang tak pandai guna nipple drinker ni. Nanti saya akan kongsikan bersama anda..hehe. Nanti saya update lagi.

5 comments:

Zul said...

macam maner nak order pallet tue? email kat saya putra_black@hotmail.com

Sheeda Rosseda H said...

Saya baru bela 2 ekor arnab angora mix. Saya bag makan pallet genesis extruded timothy and alfalfa... and saya cuci bekas makanan, litter box and alas cage setiap hari... tapi masih ada bau... macam mana nak kurangkan bau ni. Thanks

Unknown said...

Saya ada jual nak hilangkan bau atau arnab ni , brmnt pm 0146067404

Hayyi said...

Whtspp me utk detail

Hayyi said...

Saya ada jual nak hilangkan bau atau arnab ni , brmnt pm 0146067404

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....