Wednesday, November 28, 2012

Ayam Hutan Ori

Seekor ayam hutan ori di bela dan dibelai dari kecil hingga dewasa dan mampu membunuh ayam hutan lain. Telah diajar dan didik untuk memikat ayam hutan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ayam ini, hubungi saya wan 017-7412556. Pembeli yang betul-betul berminat sahaja.
Harga : RM400 Nego.
Maklumat tepuk dan kokok, hubungi saya. Rakaman tepuk dan kokok juga ada.






Tuesday, November 27, 2012

Ayam Pama brazil ( SOLD )

Seekor ayam sabung dari reban ingin dilepaskan kepada tuan baru.
Baka : Pama Brazil
Umur : 10 bulan
Berat : 3.1Kg
Harga : RM220 Nego. ( SOLD )
Sesiapa berminat,hubungi saya wan 017-7412556 area Benut, Pontian, Johor.







Monday, November 26, 2012

Set Nipple untuk Dijual

Stok set nipple terbaru. Nipple ini sesuai untuk penternak yang menternak arnab dalam kuantiti yang banyak. Yang sikit pun sesuai juga.hehe.. Amat mudah untuk diselenggara. Hanya perlu mengisi air di dalam tangki sahaja. Air akan dihantar melalui tiub yang disambung ke nipple tersebut. System piping ini amat mudah digunakan. Dapat menjimatkan masa anda untuk menukar air baru. Jika menggunakan mangkuk, air perlu ditukar 2kali sehari bagi memastikan arnab-arnab anda mendapat air yang bersih. Perlu diingatkan, arnab memerlukan air yang bersih kerana arnab terlalu sensitif dengan cara pemakanan yang salah. Dengan menggunakan nipple, arnab-arnab anda akan sentiasa mendapat air yang bersih. Pemberian vitamin juga mudah. Hanya tuangkan vitamin pada tangki tersebut, dan kesemua arnab-arnab anda akan mendapat vitamin. Tidak perlu mengisi satu persatu mangkuk air. Hubungi saya untuk mendapatkan nipple ini.
Harga :
1-10set = RM6/set
11-20set = RM5.50/set
21-keatas = ????( hubungi saya )
Untuk tiub, boleh juga beli dari saya atau di kedai hardware berdekatan dengan anda..





Wednesday, November 21, 2012

Kelahiran Baru Angora

Post ni update daripada post yang hari tu. Klik sini .Baby arnab ni hanya 2 ekor je. Tapi takpela. Arnab ni pun masih muda. Biar dia belajar dulu menjadi seekor ibu arnab yang pandai menjaga anak.hehe.. Selang beberapa hari arnab ni beranak, ada seekor lagi arnab saya ni beranak. Tak disangka-sangka, arnab yang seekor lagi ni beranak sampai 5ekor anak. Kalau pandangan dari luar, nampak kecik je perutnye. Tiba-tiba keluar 5 ekor..hehe.. Tapi risau gak. Takot arnab ni tak pandai jaga anak dia sebab dia tak cabut bulu dia langsung. Selalunya orang cakap kalau arnab tak cabut bulu bila beranak, tak pandai sangat jaga anak. Tapi tu orang cakapla. Nak tahu kesahihannya, kita tunggu perkembangan 5ekor arnab baru tu. hehe.. Post ni, saya cuma nak tunjuk gambar 2ekor anak arnab yang beranak dulu. Yang 5 ekor tu nanti saya update dalam post lain. Gambar lupa nak amek.hehe..




Merah lagi badan arnab ni. k... Jumpa lagi........

Tuesday, November 20, 2012

Arnab Membuat Sarang

Hari ni arnab saya ni sedang sibuk membuat sarang beranak. Tapi jangkaan saya, arnab ni akan melahirkan anak arnab dalam kuantiti yang sedikit sebab saya tengok perut dia tak besar sangat. Tapi tak pela. Rezeki kita. Bersyukur jela apa yang ada. Hehe.. Lagipun arnab ni masih muda dan ini first time beranak. Apa-apa pun,kita tunggu hasilnya esok. hehe.. Arnab kat tempat saya ni cuma menggunakan satu pejantan je. Tengok sekarang, semua betina yang mengawan dengan dia, berjaya. hehe..Hebat juga pejantan ni. Takpela. Ni baru permulaan. Lepas ni saya ingat kalau ada rezeki lebih, saya nak cari rex,ND ngan TB.. hehe..




Arnab ni tengah sibuk buat sarang dia. Saya letakkan alfalfa hay kat situ, lepas tu arnab ni ambil sendiri dan campurkan dengan bulu-bulu yang dia cabut tu untuk buat sarang. hehe.. Kita tunggu esok. Berapa agaknya kuantiti anak arnab ni.hehe..Jumpa esok...

Monday, November 19, 2012

Menyusukan Baby Arnab Angora

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman menyusukan arnab yang baru lahir. Pada 2 minggu lepas, arnab angora saya telah melahirkan 6 ekor anak. Klik sini untuk ke Post Arnab ini. 1 hari selepas arnab ini beranak, tikus telah menyerang anak-anak arnab ni sampai berterabur semua anak-anak arnab ni. Nasib baikla tak mati anak-anak arnab ni. Rupa2nya selama ni anak arnab saya yang hilang semuanya angkara cik ti la ni. Mati-mati saya ingat ibu arnab yang makan anak dia. Selepas kejadian tu, saya pun tekad untuk ambil anak-anak arnab tu untuk di beri susu secara manual. Pada mulanya saya menyusukan anak-anak arnab ni dengan memegang ibu arnab itu dan meletakkan anak-anak arnab ini pada ibunya untuk menyusu. Tetapi selepas setengah jam berlalu, saya lihat perut anak-anak arnab ini tidak kembung dan tiada warna putih. Ini disebabkan ibu arnab ini kekurangan susu mungkin kerana jumlah anaknya agak banyak dan ibu arnab ini pula masih muda. Jadi saya belilah susu untuk anak arnab ini dan saya berikan anak arnab ini minum susu tersebut menggunakan syringe.


Selepas saya berikan susu menggunakan syringe ni, saya berikan pula susu ibu arnab pada anak-anak arnab ini. Tujuan saya mencampurkan susu yang saya beli dengan susu ibu arnab ini ialah supaya anak arnab ini mendapat khasiat susu ibu dan tidak lapar kerana saya memberi susu beli dengan banyak. hehe.. Kesemua anak-anak arnab ini dapat hidup sehinggalah hari ke-7. Anak-anak arnab ini mati seekor demi seekor. Rasa sedih gak bila kita dah kerja keras tapi akhirnya mati. Sampaila ke hari ini, hanya 3 ekor je yang selamat dan dah bukak mata dah pun. Bila dah bukak mata, saya cuba campurkan semula dengan ibu arnab ni dan selepas 3 hari, saya lihat ibu arnab ini menjaga anak-anaknya dengan baik. Mungkin sebab saya hari-hari bagi ibu arnab ni menyusukan anaknya, ibu arnab ni dapat kenal bau anak-anak dia kot. Mula-mula risau gak ibu arnab ni makan anak-anak dia sebab hampir 2 minggu dia berpisah dengan anak dia. Jumpa pun waktu dia menyusukan anak dia jek.hehe.. Di bawah ni gambar terbaru anak-anak yang masih hidup.



Yang bawah ni plak gambar ibu arnab ni.


Saya rasa cukup dulu setakat ni perkongsian saya tentang pengalaman saya menyusukan anak arnab..

Tuesday, November 13, 2012

Sangkar Dawai Untuk Dijual

Saya menjual sangkar dawai bersaiz 2kaki lebar x 16inci tinggi x 2kaki 4inci panjang kebalakang. Harga untuk single cage ialah rm40 dan untuk double cage ialah rm70. Saya menggunakan dawai bersaiz 0.5inci x 0.5inci. Harga untuk single cage + 1 bekas makanan autofeeder ialah rm55 dan untuk double cage + 2 bekas makanan autofeeder ialah rm90. Berminat, hubungi saya wan 017-7412556. Dibawah ialah contoh sangkar dawai untuk double cage + bekas makanan autofeeder. Sesuai untuk arnab yang ingin beranak kerana jika lubang sangkar terlalu besar, tikus akan masuk ke dalam sangkar anda dan makan anak arnab yang baru lahir. Ini berdasarkan pengalaman saya. 2 ekor ibu arnab yang beranak dan tikus telah makan anak2 arnab tersebut. Akhirnya, Separuh daripada anak-anak arnab itu mati dan separuh lagi berjaya diselamatkan. Kini, anak-anak arnab yang berjaya diselamatkan itu, saya telah menyusukan sendiri.





Monday, November 12, 2012

Arnab Mix Lionhead Untuk Dijual RM35

Saya mempunyai 3 ekor baby arnab untuk dijual. Seekor warna kelabu, 2ekor warna putih mata celak. Gambar seperti dibawah. Harga untuk seekor RM35. Beli semua saya bagi RM100. Sms atau call saya wan 017-7412556. Area Benut, Pontian, Johor.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....