Wednesday, October 31, 2012

Perkongsian Tentang Pedegree

Hari ni saya nak kongsi sikit berkenaan pedegree 1st gen, 2nd gen, 3rd gen ni. Saya pun tak tahu apa-apa tentang ni.hehe... Jangan marah ea. Cume copy paste maklumat ni dari Kak Zura. klik untuk ke post kak Zura . Di harap daripada perkongsian ilmu ni, semua penternak-penternak arnab dapat menghasilkan baka arnab yang terbaik untuk mendapatkan baka asli arnab tersebut. Berdasarkan daripada perkongsian rakan-rakan di bawah ni, pada saya, agak sukar dan memakan masa yang lama untuk mendapatkan pedegree 3rd gen ni. Sebab tula harga untuk pedegree 3rd gen ni mahal. Tapi kadang-kadang bila kita tengok ada penjual menjual arnab mereka dengan harga yang murah, then si penjual tu cakap ni pedegree 3rd gen. Kalau ikut logik, tak mungkin penjual tu akan jual murah kecuali tengah sesak nak pakai duit. So harap lepas ni peminat-peminat arnab faham mengapa harga pedegree 3rd gen ni agak mahal. Si penjual pulak janganla tipu. Kenala jujur. Bila sorang dah menipu, mesti penternak-penternak lain akan terkena tempiasnye. Pada masa tu, kemungkinan besar harga arnab terbaik akan jatuh. Lastly, jatuhla bidang penternakan arnab ni nanti. Jadi, kita sama-samala memajukan bidang penternakan arnab ni. 
 
*Perbincangan di bawah ini berlangsung di group bunny journal.
 
Kat bawah ni antara perkongsian dari rakan-rakan arnab:
 
  • Norisyam Bin Mohd Aris : kene buat kuliah pasal pedigree nih.. sape ada link?..
  • Ruzlan Muda : Salam, tumpang menyibuk.Bagus soalan ni.. sy pun terfikir juga perkara ni. tapi tak tau mcm mana nak tanya..
  • Newhillz Hairil Tan : Ehemmmm...2, 3 kucing berlari, mana nak sama si kucing orang, 2, 3 gen boleh ku cari, mana nak sama dengan 1 gen punya barang...LOL...Cukup bunga ke Azura Rabbits?
  • Norisyam Bin Mohd Aris : soalan 1 apakah itu 1st gen? 2nd gen? 3rd gen? apakah itu pedigree?...
  • Norisyam Bin Mohd Aris : pedigree merupakan sijil keturunan arnab yang mencatatkan tarikh lahir, warna, berat serta rekod kemenangan arnab yang dijual dan keturunannya sehingga 3 generasi bagi 3rd gen pedigree, sehingga 2 generasi bagi renab 2nd gen pedigree... petai..
  • Newhillz hairil tan : : Hehehe..dia tanya mcmana nak tahu arnab tu 3gen, 2gen atau 1gen? secara lahiriah mmg tak boleh kenal. arnab tetap arnab. 3 gen, 2 gen dan 1 gen hanya sebagai tanda aras sejauh mana breeder memiliki rekod susur galur keturunan arnab tu. Seseorang breeder blh keluarkan pedigree 4 gen, 5 gen dan lbh jika dia ada rekod tu. Pedigree tidak menentukan kualiti arnab tersebut, kualiti arnab 3 gen, 2 gen dan 1 gen blh jd lebih teruk daripada yang tiada pedigree jika breeder tidak menjaga kualiti. Satu2nya kelebihan yg ada pada arnab 3 gen ialah jika ia menang pertandingan ARBA, ia boleh mendapat Leg of championship dan seterusnya mendapat gelaran Grand champion bila berjaya mengumpul sekurang2 nya 3 Legs. Lastly semua baka yg diiktiraf pedigree dan juga non pedigree.
  • Norisyam Bin Mohd Aris 3rd gen, 2nd gen atau 1st gen bukanlah satu ciri fizikal yang terdapat pada arnab.. ia adalah satu sistem rekod yang disimpan oleh pembiaknya sahaja..
  • Kayriel Noodean : tak mengaku kunun otai abam Newhillz Hairil TanJamaldanny Rabbitry Cattery & Syakirin Ayob...hahahahha
  • Azura Rabbits :Pendekar Laut Rabbitry sila jawap mengikut pemahaman anda..dah ada hl pdgre kannn??? :p:p
  • Iza Danial :kak zura,sy xde hl pedigree,.maknannye x blh jwb la ye..hhahahah
  • Azura Rabbits : Aisya Ridha jelasknlh jugak..plizzz
  • Pendekar Laut Rabbitry : xleh nak jelas sgt baru 1 gen,nak masuk 2 gen pon ritu sampai pagi tunggu dia ngawan x jadi2.. :P:P
  • Ruzlan Muda :Bagaimana bermulanya 1st Gen. Adakah jika sy membeli sepasang rebit non pedigree n lepas tu dpt anak .. anak tu dah dikira 1st gen atau kedua2 ibubapak nya mesti pedigree.. atau dan bermacam macam atau
  • Azura Rabbits : Iza Danial ermmm...nzw pdgr ade kannn??kih3..alerr jawap jelahh..janji terjawap..
  • Iza Danial : pd pendapat sy,x kirela arnab tu import @ local..selagi kite tau susur galur keturunan die,kite blh wt cert sdri...
  • Newhillz hairil tanEn Ruzlan Muda, bermula dari saat kita buat rekod. cth mak bpk dia takde rekod (pedigree), kita blh mulakan dari anaknya. Anak tu kira 1 ge

    Syakirin ayob :  Rase utk soalan kak Azura Rabbits rebit dah dijawab oleh bro Newhillz Hairil Tan.. Utk soalan saudara Ruzlan Muda, anak dr induk non pedigree masih blh dpt 1 gen pedigree jike induk non pedigree tuh dibeli dr breeder bkn trader atau dibeli dr pet shop..
  • Aisya Ridha : Kalau saya jelaskan akan sama mcm otai newhillz jelaskan tu. mngikut pemahaman saya, pedigree tu adalah rekod keturunan sahaja. Bukannya ciri fizikal. Kelebihan pedigree hanya mberikan maklumat keaslian keturunan mana2 jenis arnab. Sbb tu arnab kampung x akan ada pedigree sbb mmg arnab kampung adalah arnab mixed atau mana2 arnab mixed xkan ada pedigree. Mngikut standard, arnab tu hanya asli dari keturunan yg tercatit pada pedigree skurang2nya 3 keturnan (3 gen) nak tau kenapa 3 baru diiktiraf asli tu kena tanya otai sgala otai atau baca history pedigree le kot. Mcm manusia gak, hensem tegap tinggi pendek semua bgantung kpd genetik, pmakanan n psekitaran. Bukan bmakna org malaysia yg pendek tak seasli org malaysia yg tinggi...tu makna bukan keaslian menentukan kualiti fizikal arnab 100% tapi...keaslian tu skurang2nya mengekal ciri asli holland lop pada tahap yg semaksimum mungkin..
  • Aisya Ridha : Holland lop tu cth je :):) tapi keaslian pedigree tu byk bgantung kpd kejujuran dan etika seorang breeder :):)
  • NinetyNine Rabbitry : Klau sire ada pedigree tp dam takde pedigree, anaknya dikira 1st generasi jg ke? Newhillz Hairil Tan
  • DaddyQas Bunnies : Sire 3 gen x Dam non-pedigree 
    = 1 gen
  • Galaksy Kelinci : hui....arnab kg tak der pedigree..????
  • NinetyNine Rabbitry : Sy selalu pening sgt tengok org sebut 1 generasi, 2 generasi...
  • Newhillz Hairil Tan : NinetyNine Rabbitry, 1 gen lah. Kita lihat pada generasi yang lengkap.
  • Aisya Ridha : Arnab kpg nak buat pedigree boleh je...tapi tjuan dia dah lain le pulak...sbb mmg arnab kpg biasanya hasil mixed mcm2 breed...asal usul baka tatau dari arnab jenis apa...for example i ada arnab kpg spasang...stiap kali beranak pasti akan kluar mcm2 jen...
  • Aisya Ridha : Newhillz penah jugak jelaskan pasal F1 F2 F3 tu kalau tak silap. Konsep lbh kurang sama tapi biasa digunakan utk differentiate ciri2 fizikal dan temperament spesis yg dikacukkan tu :):)
  • Newhillz Hairil Tan : itu lah yg dimanakan breeding and cull.
  • Newhillz Hairil Tan : Salah satu line Rex saya skrg terhasil dari pemilihan, asalnya saya cuma ada seekor Pejantan Rex, Doe semua pedaging.
  • Newhillz Hairil Tan : F1 semua bulu normal
  • Aisya Ridha : f1 f2 etc tuh tujuan dia bbeza sikit. Kalau kita nak kucing hutan f1...kena kawen kucing hutan n kucing hutan...kucing hutan f2 lak hasil kucing donestik dgn kucing hutan...so ciri fizikal dah sedikit berbeza dan temperament f2 akan bbeza daripada f1. Begitu le sterusnya
  • Aisya Ridha : Saya blajar f1 f2 dulu sbb saya ingat nak beli kucing savannah hihihii
  • Syahrizal Ahmadi Bin Gapor Sorry, lambat respon. Baru selesai karang cerpen ni.
    Begini kisahnya. Apabila kita mula mendapatkan sepasang arnab dari baka yg sama,kita sudah boleh memulakan program breeding ke arah arnab pedigree. Bila kita kawinkan pasangan tersebut, anaknya akan
    ada 1 gen. Seterusnya anak itu dikahwinkan dgn pasangan yg ada 1 gen juga, maka lahirla anak generasi 2 gen. Anak yg 2 gen ini jika dikahwinkan dgn anak yg ada 2 gen juga, akan menghasilkan anak 3 gen. Anak yg ada 3 gen ini sudah layak digelar berpedigree. Kenapa 3 gen sudah mencukupi? Kerana telah terbukti, anak yg lahir selepas 3 generasi pembiakan baka yg sama akan memiliki ciri2 ketulenan baka tersebut, walaupun mungkin pada generasi sebelumnya ada kacukan dgn baka lain. Contohnya, jika kita memulakan program dgn sepasang mix ND yg memenuhi spesifikasi ND tulen, selepas pembiakan terpilih selama 3 generasi, akan terhasil anak ND tulen. Tapi dgn syarat kita perlu pilih dgn teliti anak2 yg lahir tu, kalau ikut spec ND, bolehla masukkan dalam breeding program. Kalau ada yg tersasar jauh dari spec ND, maka kita perlu keluarkan terus dari program. Di sinilah faktor disiplin & kejujuran memainkan peranan penting. Kelebihan pedigree ni, selain dapat membuktikan ketulenan secara bertulis, dapat juga menunjukkan warna2 generasi terdahulu. Sebagai seorang breeder, warna yg ada pada background ni penting untuk merancang warna anak yg bakal lahir supaya sentiasa memenuhi standard warna yg ditetapkan untuk masuk show. Jika kita main hentam je kawinkan apa2 color, kebarangkalian lebih tinggi untuk terhasilnya anak2 dgn color yg tidak diiktiraf untuk masuk pertandingan terutamanya show ARBA. Lebih merugikan jika warna yg dihasilkan tidak boleh digunakan langsung dalam breeding program, lalu terpaksa dijual sebagai pet. Sekian dahulu buat waktu ini. Sudi-sudikan...
  • Syahrizal Ahmadi Bin Gapor Cara paling cepat untuk hasilkan anak yg berpedigree adalah dgn mendapatkan kedua2 parents berpedigree. Kalau budget kurang, dapatkan buck pedigree & doe non-pedigree. Bila dapat anak 1 gen, line-breed dgn bapanya, dapat anak 2 gen. Anak 2 gen ni, line-breed semula dgn bapa a.k.a. datuknya untuk hasilkan 3 gen. Yg penting buck tu kena hensem.
  • Ruzlan Muda : Alhamdulilah dan terima kasih kpd semua member BJ yg sudi berkongsi ilmu n pengalaman. Rasanya pemahaman ttg pedigree ni dah 90% cover. Lepas ni kena belajar buat degree ..opss pedigree
  • Jamaldanny rabbitryPENDAPAT SAYA PULA.......Ada beberapa Fasa.......LOL...fasa pertama: seperti cikgu ckp tadi..dari tiada pedigree ke pedigree...sehingga 3 generasi dikira baka asli....dlm fasa ini, generasi pertama,kedua dan ketiga jelas kelihatan ada perbezaan kualiti.....logiknya kualiti meningkat...Fasa kedua: Bilamana kita dah dapat purebred setelah cukup 3/4 generasi, maka kelihatan tiada banyak beza antara gen4,gen5 dan seterusnya di dalam rabbitry kita...kerna sudah pure.tp adakah bentuknya ,ciri2nya itu yg kita mahu??.akakakkaa.....hanya setelah empunya diri tetiba terpikir nak improve line dia...maklumlah bila tengok arnab rabbitry lain, kelihatan berbeda maybe kepala besar,telinga pendek atau badan pendek...so masa tu outcross diperlukan...maka berlaku lagi sekali proses penelitian gen...gen1 dari proses outcross tadi maybe tak capai...gen 2 maybe dapat atau gen 3......Arnab purebred 3 gen maybe kelihatan tak sama dari satu rabbitry ke satu rabbitry....contoh mini rex saya maybe tak sama dgn mini rex abg DD atau Fiz iz jika diteliti....secara kasar maybe sama...macam org jugak lah.....LOL...so Azura i think arnab tak dpt nak bezakan antara 3 gen dan satu gen hanya dgn melihat rupa....kerana dalam baka tulen sekalipon ada berbeda rupa....so salinan surat pedigree sajalah bukti yg bertulis yg sah diperlakukan berbanding bukti lisan..akakakakakka.
  • Ujang Bunny's : Menarik2 dah paham sikit2....

Tuesday, October 30, 2012

Update Ayam Batang Kaki Darah Thai (SOLD)

Ayam ini saya telah post pada 15/10/2012. Klik sini. Saya ingin update sedikit gambar ayam ini. Kepada pembeli yang ingin membeli ayam ini pada minggu lepas, saya memohon ampun dan maaf pada anda kerana saya tidak dapat menghantar ayam ini kepada anda pada minggu lepas kerana kesibukan untuk menyambut perayaan. Jualan untuk ayam ini dibuka semula kepada semua.





Monday, October 29, 2012

Magon Untuk Dijual

Saya ingin menjual anak ayam bapak hijau. 






Baka : Magon
Jantina : Jantan
Umur : 7 bulan++ Masih muda.
Harga : RM180 Nego
Sesiapa berminat, hubungi saya segera. 017-7412556. Wan. Serius buyer only.

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Kepada semua pembaca-pembaca blog saya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya dan berkongsi ilmu dan pengalaman anda semua. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama menunaikan ibadah korban bagi yang berkemampuan. Jangan korban arnab atau ayam pulak. Kalau sembelih untuk makan-makan, takpe. Agak-agak ada yang terlebih arnab atau ayam tu, hulur-hulurla kat yang memerlukan. Nak hulur kat saya pun boleh gak...hehe.. Semoga semua pekerjaan yang kita lakukan diberkati oleh Allah S.W.T. Aminnn........

Tuesday, October 23, 2012

Tempahan Autofeeder

Last week ada 12 tempahan autofeeder untuk arnab dan ayam. Ni antara autofeeder yang telah disiapkan selama 2 hari. Lihat sendiri perbezaan pada autofeeder arnab dan ayam.


Diatas ni autofeeder untuk ayam. Autofeeder untuk ayam ni saya reka tidak mempunyai bibir di tepi tempat makanan itu kerana kepala ayam akan sangkut pada balungnya jika mempunyai bibir di tempat makanan tersebut. Walaupun ayam mempunyai perangai yang suka mengais, tetapi ayam tidak boleh mengais menggunakan kaki pada tempat yang lebih tinggi. Pada bawahnya tidak mempunyai lubang kerana ayam juga makan dedak dan jagung halus. Jika mempunyai lubang, makanan akan jatuh. Ia boleh memuatkan sehingga 1kg makanan.


Diatas ini pula ialah autofeeder untuk arnab. Autofeeder untuk arnab ini saya reka mempunyai bibir dan lubang di bawah. Fungsi bibir ini ialah untuk mengelakkan makanan tumpah kerana arnab suka mengais dedaknya. Jadi dedak akan tersangkut pada bibir. Saiz tempat makan autofeeder untuk arnab juga tidak boleh terlalu besar kerana akan memudahkan arnab memasukkan kakinya untuk mengais. Seeloknya buat sekadar muat kepala arnab untuk makan. Lubang pada bawahnya pula berfungsi untuk menyingkirkan habuk2 halus dedak tersebut kerana arnab tidak akan makan habuk2 halus tersebut. Dan jika dibiarkan lama, habuk halus semakin banyak. Ia boleh memuatkan sehingga 1kg makanan.

Untuk tempahan, hubungi saya wan 017-7412556.
Harga : RM15/unit



Monday, October 22, 2012

Baby Rabbit Mix Lionhead

Ni 3 ekor baby arnab daripada post yang lepas ( Klik untuk lihat post yang lepas ). Comel kan. Dalam 2-3 minggu lagi, dah boleh jual dah. Sape2 berkenan, bolehla contact2 saya. Ada 3 ekor je.




Saturday, October 20, 2012

Tips Pemakanan Arnab

Bila poket dah kering, baru kita fikir macam mana nak beli pallet ni..Aduhh... Mengeluhla si penternak nanti. Takpe, semua masalah mesti ada penyelesaiannya. Hari ni saya nak kongsi sikit tips untuk menjimatkan dari segi pemakanan arnab. Arnab ni sejenis haiwan yang sentiasa ingin mengunyah. Jadi bila dia nampak makanan, dia akan makan. Kadang-kadang bila arnab dah terlalu kenyang pun, dia akan makan gak. Tapi sekadar kunyah dan pallet kita jadi habuk. Tu yang penuh habuk je kat bekas makanan tu. Jadi lepas ni anda perlu sukat pemberian pallet kepada arnab anda. Bukan kedekut, tapi nak bagi arnab sihat kerana bila arnab terlebih makan, boleh jadi obesiti. Macam-macam penyakit boleh menyerang arnab yang obesiti ni. Cara sukatan untuk arnab ialah dengan memberi 100gm-120gm untuk arnab dewasa dan 60gm untuk anak arnab untuk sehari. Makanan tambahan seperti daun atau hay adalah extra untuk arnab. Untuk permulaan, mungkin kita sukar untuk menyukat makanan tersebut. Tapi lama-kelamaan, mesti boleh. Untuk yang menggunakan autofeeder (klik sini untuk post autofeeder ) anda boleh menyukat untuk kali pertama sukatan pallet untuk 100gm dan tandakan pada bekas makanan autofeeder itu paras ketinggian untuk 100gm pallet. Jadi lebih mudah untuk anda memberi makan mengikut sukatan. Walaubagaimanapun, kebanyakan pengguna autofeeder ni adalah penternak yang sibuk bekerja. Takpe, sekali-sekala, kita sukatla. Tapi bila dah sibuk, letak je lebih. takde masalah pun. Cuma poket je masalah nak beli pallet..
Jangan berikan daun-daun atau sayur pada waktu pagi kerana arnab akan mudah sakit perut. Berikan pallet pada waktu pagi dan daun-daun pada waktu malam.
Rasanya cukupla setakat ni dulu. Nanti bila saya dapat apa-apa info tentang arnab, saya akan kongsi lagi.

Bawah ni pallet yang saya beri pada arnab saya. Nak tempah pun boleh. Harga RM45


Bawah ni plak ialah rumput israel yang selalu saya bagi kat arnab-arnab ni. Walaupun bekerja, tapi masih boleh bagi daun.hehe. Ni tipsnya. Hari ahad saya akan petik rumput israel ni dan simpan didalam bekaspolistrin kedap udara yang orang selalu simpan ikan. Jadi dari Isnin sampai Jumaat, saya ada stok rumput israel ni. Sabtu dan ahad petikla sendiri. Kan tak kerja. Ni antara tipsnya la. Kalau anda ada tips lain, harap dapat dikongsikan bersama.



Sekian dulu untuk tips pemakanan yang menjimatkan. Sesiapa mempunyai pandangan, kongsi-kongsilah disini ye.. Terima kasih dan selamat mencuba.



Sedapnya makan rumput ni. Ni saya bagi masa petang.

Thursday, October 18, 2012

Khasiat Ginseng Jawa

Dah lama rasanya tak cerita pasal arnab ni. Hari ni saya nak share sikit tentang perkongsian ilmu dari rakan ternak arnab tentang Khasiat ginseng Jawa. Bermula dengan arnab mengawan sehingga la arnab bunting dan akhirnya melahirkan anak. Sepanjang kita menjaga arnab kita, pastinya kita mahukan hasil yang lebih. Sudah pasti kita mahukan baby arnab yang banyak supaya dapat keuntungan yang lebih. Macam post saya yang lepas tentang arnab saya yang beranak hanya 3ekor je baby arnab tu.Klik sini untuk ke post tersebut. Mesti kita rasa kurang seronok dan kita akan terfikir, bagaimana cara untuk memperbanyakkan baby arnab kita tu. Rakan saya mencadangkan kepada saya supaya memberi daun ginseng jawa. Kajian daripada rakan saya, beliau mempunyai arnab baka TB. Kebiasaanya arnab baka TB melahirkan anak lingkungan 3-5ekor. Tetapi rakan saya mencecah 8-9ekor untuk arnab ori TB. Tu antara pengalaman rakan penternak. Cerita mengenai khasiat ginseng jawa ni pulak.

Antara khasiat ginseng jawa ni ialah :

-Meningkatkan kesuburan terutamanya untuk arnab jantan.
-Mencergaskan peliharaan.
-Mampu merawat masalah batin dalaman arnab.
-Mampu menambahkan susu arnab yang baru beranak.
-Selain itu, ia boleh manjadi ubat kepada manusia iaitu merawat bisul. Caranya ialah daunnya ditumbuk halus dan dicampurkan dengan gula merah. Selepas itu, tampalkan pada bisul tersebut.

Cara pemberiaan kepada arnab. Petik daun ginseng jawa tersebut dan berikan kepada arnab anda seperti memberi makan daun kepada arnab. Diharap sesiapa yang mempunyai pengalaman tentang ginseng jawa ini, dapatlah berkomen untuk berkongsi pendapat dan pengalaman anda di blog ini. Selamat mencuba.

Ni gambar pokok ginseng jawa.




*TB is Teddy Bear

Wednesday, October 17, 2012

Untuk Tontonan Umum.....






Untuk tontonan para peminat ayam dan para pembaca blog ini.. Apakah tafsiran tentang kaki ayam seperti gambar kaki ayam ini? Sesiapa yang tahu, harap dapat berkongsi pengetahuan anda bersama-sama....


Tuesday, October 16, 2012

Ayam Tuah Betina Mathai Untuk Dijual ( Sold )

Hai semua. Orang kata, tuah ayam ni terletak pada kaki. Hari ni saya ingin menjual ayam tuah. Ayam betina ni mempunyai sisik pecah pada jari belakang pada kiri dan kanan kaki ayam ini. Sesuai untuk dijadikan baka sekaligus berpeluang mendapatkan baka ayam yang bertuah kelak. Ni antara perkongsian daripada rakan-rakan penternak ayam siam. Sisik jari kaki belakang kiri dan kanan pecah dinamakan 'Tanjung Karang'. Antara kelebihan Tanjung Karang ni ialah ayam lawan yang terkena pukulan akan menjadi kebingungan. Kalau salah, harap dapat betulkan dan kalau ada yang kurang harap dapat tambah di komen. Boleh saya update semula nanti.







Betina Mathai ( Burma Cross Thai )
Umur : 7 bulan
Harga : RM230 Nego ( Sold )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....