Thursday, October 18, 2012

Khasiat Ginseng Jawa

Dah lama rasanya tak cerita pasal arnab ni. Hari ni saya nak share sikit tentang perkongsian ilmu dari rakan ternak arnab tentang Khasiat ginseng Jawa. Bermula dengan arnab mengawan sehingga la arnab bunting dan akhirnya melahirkan anak. Sepanjang kita menjaga arnab kita, pastinya kita mahukan hasil yang lebih. Sudah pasti kita mahukan baby arnab yang banyak supaya dapat keuntungan yang lebih. Macam post saya yang lepas tentang arnab saya yang beranak hanya 3ekor je baby arnab tu.Klik sini untuk ke post tersebut. Mesti kita rasa kurang seronok dan kita akan terfikir, bagaimana cara untuk memperbanyakkan baby arnab kita tu. Rakan saya mencadangkan kepada saya supaya memberi daun ginseng jawa. Kajian daripada rakan saya, beliau mempunyai arnab baka TB. Kebiasaanya arnab baka TB melahirkan anak lingkungan 3-5ekor. Tetapi rakan saya mencecah 8-9ekor untuk arnab ori TB. Tu antara pengalaman rakan penternak. Cerita mengenai khasiat ginseng jawa ni pulak.

Antara khasiat ginseng jawa ni ialah :

-Meningkatkan kesuburan terutamanya untuk arnab jantan.
-Mencergaskan peliharaan.
-Mampu merawat masalah batin dalaman arnab.
-Mampu menambahkan susu arnab yang baru beranak.
-Selain itu, ia boleh manjadi ubat kepada manusia iaitu merawat bisul. Caranya ialah daunnya ditumbuk halus dan dicampurkan dengan gula merah. Selepas itu, tampalkan pada bisul tersebut.

Cara pemberiaan kepada arnab. Petik daun ginseng jawa tersebut dan berikan kepada arnab anda seperti memberi makan daun kepada arnab. Diharap sesiapa yang mempunyai pengalaman tentang ginseng jawa ini, dapatlah berkomen untuk berkongsi pendapat dan pengalaman anda di blog ini. Selamat mencuba.

Ni gambar pokok ginseng jawa.




*TB is Teddy Bear

2 comments:

azura said...

hai hai hai...:)
bagus daun ginseng ni,akk mmg selalu gunakan utk ibu arnab yg menyusukan baby.memang terbukti,perut baby muncit2..akak bg daun dgn btg2 tu sekali..tp mereka mkn daun sahaja,batangnya tu pula,akak tanam balik..jimattt kos pemakanan arnab..

arnabpontian said...

Hai kaka.. Betul ke? saya tak cuba lagi. Cuma tanya2 orang je. Saya tak tahula nak cari kat mana. Benih dia ada ke kak? Kalau untuk dapat baby banyak tu betul ke kak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....