Showing posts with label Autofeeder dan Nipple. Show all posts
Showing posts with label Autofeeder dan Nipple. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Set Nipple untuk Dijual

Stok set nipple terbaru. Nipple ini sesuai untuk penternak yang menternak arnab dalam kuantiti yang banyak. Yang sikit pun sesuai juga.hehe.. Amat mudah untuk diselenggara. Hanya perlu mengisi air di dalam tangki sahaja. Air akan dihantar melalui tiub yang disambung ke nipple tersebut. System piping ini amat mudah digunakan. Dapat menjimatkan masa anda untuk menukar air baru. Jika menggunakan mangkuk, air perlu ditukar 2kali sehari bagi memastikan arnab-arnab anda mendapat air yang bersih. Perlu diingatkan, arnab memerlukan air yang bersih kerana arnab terlalu sensitif dengan cara pemakanan yang salah. Dengan menggunakan nipple, arnab-arnab anda akan sentiasa mendapat air yang bersih. Pemberian vitamin juga mudah. Hanya tuangkan vitamin pada tangki tersebut, dan kesemua arnab-arnab anda akan mendapat vitamin. Tidak perlu mengisi satu persatu mangkuk air. Hubungi saya untuk mendapatkan nipple ini.
Harga :
1-10set = RM6/set
11-20set = RM5.50/set
21-keatas = ????( hubungi saya )
Untuk tiub, boleh juga beli dari saya atau di kedai hardware berdekatan dengan anda..





Tuesday, November 13, 2012

Sangkar Dawai Untuk Dijual

Saya menjual sangkar dawai bersaiz 2kaki lebar x 16inci tinggi x 2kaki 4inci panjang kebalakang. Harga untuk single cage ialah rm40 dan untuk double cage ialah rm70. Saya menggunakan dawai bersaiz 0.5inci x 0.5inci. Harga untuk single cage + 1 bekas makanan autofeeder ialah rm55 dan untuk double cage + 2 bekas makanan autofeeder ialah rm90. Berminat, hubungi saya wan 017-7412556. Dibawah ialah contoh sangkar dawai untuk double cage + bekas makanan autofeeder. Sesuai untuk arnab yang ingin beranak kerana jika lubang sangkar terlalu besar, tikus akan masuk ke dalam sangkar anda dan makan anak arnab yang baru lahir. Ini berdasarkan pengalaman saya. 2 ekor ibu arnab yang beranak dan tikus telah makan anak2 arnab tersebut. Akhirnya, Separuh daripada anak-anak arnab itu mati dan separuh lagi berjaya diselamatkan. Kini, anak-anak arnab yang berjaya diselamatkan itu, saya telah menyusukan sendiri.





Tuesday, October 23, 2012

Tempahan Autofeeder

Last week ada 12 tempahan autofeeder untuk arnab dan ayam. Ni antara autofeeder yang telah disiapkan selama 2 hari. Lihat sendiri perbezaan pada autofeeder arnab dan ayam.


Diatas ni autofeeder untuk ayam. Autofeeder untuk ayam ni saya reka tidak mempunyai bibir di tepi tempat makanan itu kerana kepala ayam akan sangkut pada balungnya jika mempunyai bibir di tempat makanan tersebut. Walaupun ayam mempunyai perangai yang suka mengais, tetapi ayam tidak boleh mengais menggunakan kaki pada tempat yang lebih tinggi. Pada bawahnya tidak mempunyai lubang kerana ayam juga makan dedak dan jagung halus. Jika mempunyai lubang, makanan akan jatuh. Ia boleh memuatkan sehingga 1kg makanan.


Diatas ini pula ialah autofeeder untuk arnab. Autofeeder untuk arnab ini saya reka mempunyai bibir dan lubang di bawah. Fungsi bibir ini ialah untuk mengelakkan makanan tumpah kerana arnab suka mengais dedaknya. Jadi dedak akan tersangkut pada bibir. Saiz tempat makan autofeeder untuk arnab juga tidak boleh terlalu besar kerana akan memudahkan arnab memasukkan kakinya untuk mengais. Seeloknya buat sekadar muat kepala arnab untuk makan. Lubang pada bawahnya pula berfungsi untuk menyingkirkan habuk2 halus dedak tersebut kerana arnab tidak akan makan habuk2 halus tersebut. Dan jika dibiarkan lama, habuk halus semakin banyak. Ia boleh memuatkan sehingga 1kg makanan.

Untuk tempahan, hubungi saya wan 017-7412556.
Harga : RM15/unit



Monday, October 1, 2012

Autofeeder Ayam

Autofeeder ni saya baru je buat untuk ayam.Autofeeder ni telah ditempah oleh seorang pembeli dari air baloi, Pontian. Diharap dengan penjualan pertama saya ni akan ada lebih banyak lagi pembeli-pembeli lain. Aminnn.. Autofeeder ni tak de lubang-lubang kecil di bawah kerana dedak ayam yang halus akan jatuh ke bawah bila terdapat lubang-lubang kecil. Autofeeder ni boleh memuatkan sebanyak 1kg dedak dengan harga rm15.



Tuesday, September 25, 2012

Koleksi Arnab Pontian Menggunakan Autofeeder

Penternakan arnab Pontian dimulakan dengan 10ekor arnab dan kematian sebanyak 3ekor arnab. Jadi sekarang hanya tinggal 7 ekor arnab. Rasanya cukup untuk memulakan penternakan sambil-sambil mempelajari sedikit sebanyak tentang penternakan arnab. Kalau mula-mula nak ternak terus banyak, susah gak. Ilmu tak cukup lagi, nanti mati semua. Arnab-arnab yang tinggal ni semua menggunakan autofeeder yang saya buat sendiri. Ada yang saya beli. Daripada idea tu, saya buat sendiri yang lebih besar supaya 2 sangkar dapat berkongsi 1 autofeeder. Saya sedia menerima tempahan autofeeder dengan harga bermula rm15 ke atas bergantung pada saiz. Sila rujuk post yang lalu mengenai autofeeder. Sangkar DIY juga boleh ditempah sekiranya berminat bermula harga rm30. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.






Monday, August 13, 2012

Set Niple Drinker

Hari sabtu lepas, set niple drinker & autofeeder yang aku order dari MoM dah sampai. Tapi tangki air yang dia hantar kat aku ada crack sikit. Aku baru cuba tampal gam semalam. Tapi tak tahu lagi result dia. Petang nanti baru aku nak tengok ok ke tak. Arnab aku macam tak pandai je nak minum guna niple tu. Pening gak aku tengok dia. harap2 lama2 dia pandai pakai niple tu. Aku akan latih dia hari2. Gambar tak sempat ambik semalam. Nanti klau aku sempat, aku upload gambar set tu k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....