Thursday, December 27, 2012

Perbezaan Pallet Cargill 8042 dan Cargill 8012

Semua orang tahu, cargill ni antara pallet terbaik untuk arnab anda membesar dengan mendapat lebih khasiat. Sepanjang saya ternak arnab, saya tak tahu pun cargill ni ada 2 jenis. Bila dah mula pakai cargill, barula saya tahu cargill ni ada 2 jenis. Satu Cargill 8042 dan satu lagi Cargill 8012. Mengikut dari pendapat beberapa rakan penternak arnab, mereka lebih mengesyorkan saya untuk menggunakan cargill 8012. Saya pun tak berapa pasti dari segi perbezaan kandungannya. Hanya bertanya-tanya pada rakan-rakan yang telah menggunakannya sahaja. Rakan-rakan penternakan mengatakan perbezaan pertama ialah dari segi kandungannya. Jika anda lihat pada bungkusan Cargill 8042, tidak tertulis kandungan-kandungan yang terdapat pada pallet tersebut. Tetapi pada bungkusan Cargill 8012 pula tertulis kandungan-kandungan yang terdapat pada pallet tersebut. Ini lebih meyakinkan kita untuk menggunakannya. Seperti pallet-pallet biasa yang terdapat di kedai-kedai, kebanyakan pallet tersebut tidak tertulis kandungan pallet itu. Yang kedua pula dari segi bau. Bau pallet Cargill 8012 ini lebih sedap berbanding Cargill 8042. Last sekali dari segi harga pemasaran pula, pembekal-pembekal mendapat harga Cargill 8012 lebih mahal dari Cargill 8042. Tetapi penjual menjual dengan harga yang sama kerana kadang-kadang pembeli pun tak perasan. Pembeli cuma lihat, jenama Cargill. Pastu terus beli.hehe..So dari segi harga, mungkin kita dah boleh agak yang mana lebih berkualiti.

Ini antara pendapat-pendapat rakan penternak sahaja. Dari segi kesahihannya, anda cuba la tanya pembuat cargill ni sendiri. Mereka lebih arif dari segi kandungan pallet-pallet ini. Jika ada sesiapa yang lebih arif dan mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan ini, silalah komen pendapat masing-masing.

Bawah ni saya ada letak gambar bungkusan Cargill 8012 dan 8042

1 : Cargill 8012


2 : Cargill 8042


Monday, December 24, 2012

Rex Standard Untuk Dijual

Ada 3 ekor rex standard umur 2 bulan jantan broken 1 ekor, black 1 ekor dan betina black 1 ekor. Hubungi saya untuk dapatkan harga. wan 017-7412556 area Benut, Pontian, Johor






Friday, December 21, 2012

Sangkar Arnab 2 sel

Promosi akhir tahun. Sangkar arnab 2 sel berserta dengan autofeeder 2 set hanya RM100 sahaja untuk dawai jaring nipis dan RM170 untuk dawai jaring tebal 18gauge. Promosi berakhir hujung tahun ini. Saiz setiap sel 2kaki lebar x 2kaki 4 inci pnjang kebelakang x 1kaki 4 inci tinggi.
Hubungi saya wan 017-7412556 area benut, pontian,johor..



Monday, December 17, 2012

Update Pama Brazil ( SOLD )

Post ni update daripada post yang lepas klik sini.
Baka : Pama Brazil
Harga : RM220 ( SOLD )

Berminat, hubungi saya wan 017-7412556 area Benut, Pontian, Johor





Magon Thai Untuk Dijual ( SOLD )

Baka : Magon Thai
Umur : 1tahun 5 Bulan
Harga : RM220 ( SOLD )
Sesiapa berminat,hubungi saya wan 017-7412556 area Benut, Pontian, Johor.





Magon Thai Hijau Untuk Di Jual ( SOLD )

Baka : Darah Magon Thai
Umur : 4bulan ++
Harga : RM170 ( SOLD )
Sesiapa berminat,hubungi saya wan 017-7412556 area Benut, Pontian, Johor.







Friday, December 14, 2012

3 Ekor arnab pedaging untuk dijual ( SOLD )

Saya ada 3 ekor arnab pedaging untuk dijual. Kesemua pedaging ini jantan. Harga borong. Beli semua, lagi murah. Hubungi saya segera. 017-7412556 wan area Benut, Pontian, Johor. Nak jual sebab nak kurangkan pejantan kat reban saya ni. Hubungi saya untuk dapatkan harga.





Monday, December 3, 2012

Arnab Lionhead Cross Angora Untuk Dijual ( SOLD )

3 ekor anak arnab Lionhead cross angora untuk dijual bermula 8hb 12 2012. arnab ini berumur 1 bulan setengah pada tarikh tersebut. Sesiapa berminat, hubungi saya wan 017-7412556 area Benut, Pontian, Johor. Beli seekor RM35. Beli kesemuanya, harga special. Hubungi sy untuk mendapatkan harga special.











Wednesday, November 28, 2012

Ayam Hutan Ori

Seekor ayam hutan ori di bela dan dibelai dari kecil hingga dewasa dan mampu membunuh ayam hutan lain. Telah diajar dan didik untuk memikat ayam hutan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ayam ini, hubungi saya wan 017-7412556. Pembeli yang betul-betul berminat sahaja.
Harga : RM400 Nego.
Maklumat tepuk dan kokok, hubungi saya. Rakaman tepuk dan kokok juga ada.






Tuesday, November 27, 2012

Ayam Pama brazil ( SOLD )

Seekor ayam sabung dari reban ingin dilepaskan kepada tuan baru.
Baka : Pama Brazil
Umur : 10 bulan
Berat : 3.1Kg
Harga : RM220 Nego. ( SOLD )
Sesiapa berminat,hubungi saya wan 017-7412556 area Benut, Pontian, Johor.







Monday, November 26, 2012

Set Nipple untuk Dijual

Stok set nipple terbaru. Nipple ini sesuai untuk penternak yang menternak arnab dalam kuantiti yang banyak. Yang sikit pun sesuai juga.hehe.. Amat mudah untuk diselenggara. Hanya perlu mengisi air di dalam tangki sahaja. Air akan dihantar melalui tiub yang disambung ke nipple tersebut. System piping ini amat mudah digunakan. Dapat menjimatkan masa anda untuk menukar air baru. Jika menggunakan mangkuk, air perlu ditukar 2kali sehari bagi memastikan arnab-arnab anda mendapat air yang bersih. Perlu diingatkan, arnab memerlukan air yang bersih kerana arnab terlalu sensitif dengan cara pemakanan yang salah. Dengan menggunakan nipple, arnab-arnab anda akan sentiasa mendapat air yang bersih. Pemberian vitamin juga mudah. Hanya tuangkan vitamin pada tangki tersebut, dan kesemua arnab-arnab anda akan mendapat vitamin. Tidak perlu mengisi satu persatu mangkuk air. Hubungi saya untuk mendapatkan nipple ini.
Harga :
1-10set = RM6/set
11-20set = RM5.50/set
21-keatas = ????( hubungi saya )
Untuk tiub, boleh juga beli dari saya atau di kedai hardware berdekatan dengan anda..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....