Saturday, October 20, 2012

Tips Pemakanan Arnab

Bila poket dah kering, baru kita fikir macam mana nak beli pallet ni..Aduhh... Mengeluhla si penternak nanti. Takpe, semua masalah mesti ada penyelesaiannya. Hari ni saya nak kongsi sikit tips untuk menjimatkan dari segi pemakanan arnab. Arnab ni sejenis haiwan yang sentiasa ingin mengunyah. Jadi bila dia nampak makanan, dia akan makan. Kadang-kadang bila arnab dah terlalu kenyang pun, dia akan makan gak. Tapi sekadar kunyah dan pallet kita jadi habuk. Tu yang penuh habuk je kat bekas makanan tu. Jadi lepas ni anda perlu sukat pemberian pallet kepada arnab anda. Bukan kedekut, tapi nak bagi arnab sihat kerana bila arnab terlebih makan, boleh jadi obesiti. Macam-macam penyakit boleh menyerang arnab yang obesiti ni. Cara sukatan untuk arnab ialah dengan memberi 100gm-120gm untuk arnab dewasa dan 60gm untuk anak arnab untuk sehari. Makanan tambahan seperti daun atau hay adalah extra untuk arnab. Untuk permulaan, mungkin kita sukar untuk menyukat makanan tersebut. Tapi lama-kelamaan, mesti boleh. Untuk yang menggunakan autofeeder (klik sini untuk post autofeeder ) anda boleh menyukat untuk kali pertama sukatan pallet untuk 100gm dan tandakan pada bekas makanan autofeeder itu paras ketinggian untuk 100gm pallet. Jadi lebih mudah untuk anda memberi makan mengikut sukatan. Walaubagaimanapun, kebanyakan pengguna autofeeder ni adalah penternak yang sibuk bekerja. Takpe, sekali-sekala, kita sukatla. Tapi bila dah sibuk, letak je lebih. takde masalah pun. Cuma poket je masalah nak beli pallet..
Jangan berikan daun-daun atau sayur pada waktu pagi kerana arnab akan mudah sakit perut. Berikan pallet pada waktu pagi dan daun-daun pada waktu malam.
Rasanya cukupla setakat ni dulu. Nanti bila saya dapat apa-apa info tentang arnab, saya akan kongsi lagi.

Bawah ni pallet yang saya beri pada arnab saya. Nak tempah pun boleh. Harga RM45


Bawah ni plak ialah rumput israel yang selalu saya bagi kat arnab-arnab ni. Walaupun bekerja, tapi masih boleh bagi daun.hehe. Ni tipsnya. Hari ahad saya akan petik rumput israel ni dan simpan didalam bekaspolistrin kedap udara yang orang selalu simpan ikan. Jadi dari Isnin sampai Jumaat, saya ada stok rumput israel ni. Sabtu dan ahad petikla sendiri. Kan tak kerja. Ni antara tipsnya la. Kalau anda ada tips lain, harap dapat dikongsikan bersama.



Sekian dulu untuk tips pemakanan yang menjimatkan. Sesiapa mempunyai pandangan, kongsi-kongsilah disini ye.. Terima kasih dan selamat mencuba.



Sedapnya makan rumput ni. Ni saya bagi masa petang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....