Wednesday, September 5, 2012

Rumput Kering ( hay ) dan Bijian

Rumput kering (hay) merupakan rumput awet yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara berperingkat untuk meningkatkan jumlah kandungan seratnya. Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Antara faktor yang menyebabkan arnab menggemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi. daun2 jenis kekacang yang dilayukan dan dikeringkan seperti hay juga amat disukai arnab. Makanan ini amat sesuai ketika musim panas dan kering berpanjangan dan ia dapat mengatasi masalah cirit-birit dengan menghentikan pemberian makanan utamanya iaitu pellet. Berfungsi sebagai sumber makanan yang boleh meningkatkan daya ketahanan arnab. Amat diperlukan oleh arnab yang bunting dan yang sedang menyusukan anaknya. Kalau anda malas nak buat sendiri, boleh beli di mana kedai petshop. Mesti ada jual. Kalau nak jimat, buat sendiri la. Saya pun sekarang sedang cuba membuat sendiri hay ni. Ni salah satu inisiatif untuk mengurangkan kos perbelanjaan arnab.

Antara bijian yang sesuai adalah jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau. Biji-bijian ini tidak boleh diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Sukatan yang diberikan adalah 200 ke 300 gram sehari. Untuk penjimatan kos, ia boleh diselang-selikan dengan makanan utama, hampas kelapa, hampas tauhu atau hampas kacang soya. Menurut pengalaman beberapa penternak, berat arnab yang berumur 4 bulan hanya mencapai 1.5 kg sekiranya makanannya hanya berupa sumber hijau semata-mata, sebaliknya jika dicampur dengan sumber ini, beratnya mampu mencapai sehingga 4 kg. Pemerhatian ini dilakukan ke atas baka New Zealand White, Californian dan beberapa baka arnab pedaging yang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....