Thursday, October 11, 2012

Arnabku Beranak 2

Alhamdulillah. Malam tadi 11hb 10 2012 arnab lionhead yang diberi oleh saudara Afiq iaitu pemilik blog l.u.q dari JB telah selamat melahirkan anak. Tapi kuantiti arnab pun tak tahu sebab baby arnab tu ditutup dengan bulu-bulu dia. So kenala tunggu minggu depan baru saya update baby arnab tu. Pada mulanya saya ingat dia tak beranak sebab arnab tu tak cabut bulu pun. Kalau arnab yang putih tu, sehari sebelum beranak, dia dah mula buat sarang, cabut bulu-bulu badan dia. Tapi yang ni, tiba-tiba je pagi tadi tengok dah banyak bulu dan beranak sekali. Yang saya tahu, kadang-kadang ada juga arnab yang beranak tak cabut bulu. Information dari rakan-rakan penternak arnab, kalau arnab tak cabut bulu bila nak beranak, ibu arnab tu tak pandai jaga baby dia. Kalau yang cabut bulu tu, maknanya pandailah jaga arnab. Tapi buat masa ni arnab-arnab saya semua cabut bulu lagi. hehe.. Thanks afiq.

Si ibu sedang menjaga sarangnya

Keadaan sarang arnab yang baru lahir malam tadi

Ni baby arnab saya yang beranak minggu lepas. Rujuk post arnabku beranak minggu lepas.

Comel kan baby ni. Ada 3 ekor je.

Yang peliknya, mak bapak warna putih, tapi macam mana boleh ada sekor warna hitam. Tengok anak arnab yang tengah-tengah tu. Warna hitam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....