Semalam saya baru je beli arnab angora betina di Muar. Asalnya nak pergi kat rumah kak aida kat muar gak. Tapi tak sempat. So, pergila rumah yang dekat sikit. Jadi saya pun singgahla kat rumah pakcik Khamis. Nak amek gambar kat rumah dia pun tak sempat. Cuma dapat tengok-tengok sikit arnab dia ngan dapatla beli seekor ibu muda dengan harga yang murah. Terima kasih pakcik khamis. Saya dapat contact pakcik ni daripada arnab cute. Arnab cute bagi saya 3 contact no. penternak arnab kat Muar tu. Banyak betul. Lepas saya contact ketiga-tiga, saya rasa pakcik Khamis dan Kak Aida tu ok rasanya. Saya ingat kalau ada masa nanti, nak gak melawat tempat kak Aida tu. Kat Pontian ni susah betul nak cari penternak arnab. Kenapa ntah. Klau ade penternak-penternak arnab kat Pontian yang baca blog saya ni, Harap dapat add saya supaya senang kita boleh berkongsi pendapat. Arnab pakcik Khamis ni bulu badan dia dah kena cabut dengan si jantan. Tapi takpela. Anak dia nanti mesti cantik. Sebab tu saya amek arnab ni walaupun bulu dia banyak kena cabut. hehe..
7 comments:
Ton warna arnab ni cantik,,, Jenis arnab kami di QudRiFaRm ni jenis apa ye??? Link gambar dia sini http://qudriusahawantani.blogspot.com/search/label/Arnab
Thanks.Arnab tu saya beli murah je dengan pakcik khamis. dah mula mengawan dah pun. Arnab awak tu jenis lionhead yang xmix lg. Klau dah mix, bulu badan xkembang sangat macam arnab saya. Sekarang ni tengah try mixkan lionhead ngan angora. hehe..banyak ke bela arnab? awak tak guna kandang ke?
owh,,, Sy cuma pernah bela arnab kg (jenis biasa) shj sblm nie... Arnab nie hadiah dr kwn dan dibela dalam sangkar shj,,, kandang arnab dah tukar jadi reban ayam skrg... Klau mix anggora dgn lionhead nnt dpt baka baru ler "Lion Angora"... hehehe
hai...
kawan arnab dari pontian je ker??kalau
kwn arnab dari klang,selangor diterima tak??kui3
Hai kak zura.. Amat dialu-alukan semua kawan-kawan penternak arnab.Saya cari kawan-kawan yang kat Pontian ni sebab senang nak tukar-tukar pendapat ngan kongsi ilmu. Nak melawat reban pun senang. Yang jauh-jauh ni dapat gak sharing2. Tapi nak melawat reban tu agak susah ckit. Saya kan kerja. Sabtu ahad jela free. Sibuk ckitla nk melawat yang jauh2. hehe.. Ada masa nanti nak gak melawat akak punya arnab.hehe bolehkan???
Hai elyas, Tol gak awak cakap tu ek.. hehe.. Xpe dlm beberapa minggu lagi beranak la arnab tu. Dah bunting dah sekarang ni. Nanti saya update klau dah beranak. Thanks..
Happen to be trying to find this and learned much more than anticipated in this article. Thanks.
Post a Comment