Monday, November 19, 2012

Menyusukan Baby Arnab Angora

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman menyusukan arnab yang baru lahir. Pada 2 minggu lepas, arnab angora saya telah melahirkan 6 ekor anak. Klik sini untuk ke Post Arnab ini. 1 hari selepas arnab ini beranak, tikus telah menyerang anak-anak arnab ni sampai berterabur semua anak-anak arnab ni. Nasib baikla tak mati anak-anak arnab ni. Rupa2nya selama ni anak arnab saya yang hilang semuanya angkara cik ti la ni. Mati-mati saya ingat ibu arnab yang makan anak dia. Selepas kejadian tu, saya pun tekad untuk ambil anak-anak arnab tu untuk di beri susu secara manual. Pada mulanya saya menyusukan anak-anak arnab ni dengan memegang ibu arnab itu dan meletakkan anak-anak arnab ini pada ibunya untuk menyusu. Tetapi selepas setengah jam berlalu, saya lihat perut anak-anak arnab ini tidak kembung dan tiada warna putih. Ini disebabkan ibu arnab ini kekurangan susu mungkin kerana jumlah anaknya agak banyak dan ibu arnab ini pula masih muda. Jadi saya belilah susu untuk anak arnab ini dan saya berikan anak arnab ini minum susu tersebut menggunakan syringe.


Selepas saya berikan susu menggunakan syringe ni, saya berikan pula susu ibu arnab pada anak-anak arnab ini. Tujuan saya mencampurkan susu yang saya beli dengan susu ibu arnab ini ialah supaya anak arnab ini mendapat khasiat susu ibu dan tidak lapar kerana saya memberi susu beli dengan banyak. hehe.. Kesemua anak-anak arnab ini dapat hidup sehinggalah hari ke-7. Anak-anak arnab ini mati seekor demi seekor. Rasa sedih gak bila kita dah kerja keras tapi akhirnya mati. Sampaila ke hari ini, hanya 3 ekor je yang selamat dan dah bukak mata dah pun. Bila dah bukak mata, saya cuba campurkan semula dengan ibu arnab ni dan selepas 3 hari, saya lihat ibu arnab ini menjaga anak-anaknya dengan baik. Mungkin sebab saya hari-hari bagi ibu arnab ni menyusukan anaknya, ibu arnab ni dapat kenal bau anak-anak dia kot. Mula-mula risau gak ibu arnab ni makan anak-anak dia sebab hampir 2 minggu dia berpisah dengan anak dia. Jumpa pun waktu dia menyusukan anak dia jek.hehe.. Di bawah ni gambar terbaru anak-anak yang masih hidup.



Yang bawah ni plak gambar ibu arnab ni.


Saya rasa cukup dulu setakat ni perkongsian saya tentang pengalaman saya menyusukan anak arnab..

2 comments:

caliph shuriken said...

kali pertama nini sy beranak.. so, sy x tau nk citer cmner, huh...

Unknown said...

Boley ker letak ibu n anak arnab dlm satu sangkar... arnab sy baru beranak hari ni 18/2/2016 pg tadi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad

Menarik Di sini....